Monday, February 25, 2008

RASIONAL VS EMOSIONAL

Kata orang, wanita perhiasan dunia. Lelaki tanpa wanita, macamlah manusia yang kakinya
tempang sebelah. Kedua-duanya saling memerlukan









Sudah dijadikan tuhan, wanita itu amatlah berbeza dengan lelaki. Yang wanita macam itu, yang
lelaki macam ini pula. Ya, perbezaan fizikal sudah tentulah berbeza (walaupun masa kini,sempadannya
sudah dikaburi). Akan tetapi, sebenarnya perbezaan yang lebih ketara ialah dari jiwa.










Pada mulanya aku tidak merasakan bahawa perbezaan ini bukanlah sesuatu yang amat besar sehinggalah
aku sendiri mengalaminya. (Oleh sebab ceritanya terlalu panjang, eloklah kita mengupas pengajarannya
sahaja).










Berdasarkan insiden yang dialami, barulah aku betul-betul sedar bahawa perempuan lebih
emosional dalam pemikiran, manakala lelaki lebih rasional. Namun ini tidak bermakna lelaki
lebih bijak dan berjaya berbanding wanita. Malah pemikiran sebeginilah yang juga menghanyutkan lelaki










Lelaki yang dikatakan lebih rasional kurang peka kepada emosi orang lain, Lantas, mereka
seolah-olah tiada pemangkin dalam hidup. Perempuan pula lebih peka kepada emosi. Mereka
memahami hasrat orang lain untuk berjaya, lalu mereka pun berusaha.










Namun, perempuan yang lebih emosional nampaknya kurang efisien dalam menghadapi sesuatu
krisis. Jikalau mereka tertekan, mereka akan terus tertekan.Mereka sukar memikirkan jalan
yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.










Dan, apabila kedua-dua golongan ini terlibat dalam pertelingkahan,maka gamatlah jadinya.
Seorang lebih emosi, gemar memarahi dan suka menyalahkan satu pihak yang lain. Manakala pihak
yang satu lagi,tidak memahami emosi pihak yang lain lantas menjadikan mereka lebih ego dan
sukar bertolak ansur.










Walaupun aku belum berkahwin, namun aku sudah sedar bahawa apa yang menyebabkan penceraian
serta pertelingkahan antara pasangan, ialah masing-masing sukar memahami antara satu sama lain.
Aku akan fikirkan caranya, bagaimana menyelesaikan masalah ini.

1 comment:

Faizal said...

Salam. Saya merasakan kamu memberi pendapat yang baik tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan.

Pada saya dua-dua pihak ada kelebihan sendiri dan tiada siapa yang lepas dr kekurangan. Salam blogger untuk blogger.

Sila ke blog saya jika berkesempatan