Wednesday, February 27, 2008

SIAPA YANG KEDEKUT NI?

Masa kini, teknologi maklumat semakin hari semkain berkembang dengan pesat.Maklumat
boleh diperolehi dengan mudah di internet.Pendek kata, segalanya berada di hujung jari anda.






Namun, sudah menjadi lumrah orang kita yang hanya suka "take" sahaja tanpa mempedulikan "give"
sekali. Apa maksudnya? Orang Malaysia hanya suka mengambil maklumat-maklumat di laman web asing,
manakala pengetahuan serta kepakaran yang ada tidak pula dikongsi.





Apabila aku menjelajah internet, banyak sekali tutorial yang berguna yang aku temui. Malangnya kebanyakannya
dalam bahasa Inggeris. Orang barat nampaknya bukan sahaja maju, malah mereka
sanggup berkongsi kepakaran serta pengetahuan mereka. Sebab itulah mereka bertambah maju; orang
yang mengajar lebih mengingati sesuatu ilmu berbanding dengan mereka yang belajar sahaja.





Perkongsian ilmu bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah dunia. Tamadun Islam yang amat maju
suatu masa dahulu,meninggalkan khazanah ilmu yang amat bernilai kepada dunia barat sehinggakan
orang barat yang suatu ketika dalam kegelapan,bangkit dan terus maju seperti yang dapat kita
lihat sekarang.





Perlu diingatkan bahawa perkongsian ilmu dalam internet tidak boleh sekali-kali dipandang
ringan. Jikalau orang barat sahaja yang mengajar ilmunya kepada dunia, maka kita ini hanyalah
keldai yang ditunggang tuannya, kemana tuannya pergi, disitulah dia ikuti. Maka, segala
pemikiran dan ideologi acuan barat yang juga menjadi acuan kita.





Malah,bukan semua orang memahami bahasa Inggeris dengan mantap.Lantas, ia menjadi penghalang
kepada masyarakat yang kurang berpendidikan untuk mendalami ilmu-ilmu yang dipelopori barat.
Tiada gunanya liputan jalur lebar yang melangkau sehingga ke kawasan kampung, tetapi ilmu
pengetahuan tidak dapat diluaskan disebabkan penghalang ini.





Jadi, pandai-pandai orang yang bijak pandai di Malaysia ini, berusaha ke arah perkongsian ilmu
yang lebih mantap. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan, kerana alasanlah Malaysia tidak boleh
maju.

2 comments:

Faizal said...

barangkali ada baiknya kamu selalu juga ke blog aku kerana aku ada berkongsi sedikit sebanyak ilmu.. dan aku paling suka berkongsi ilmu pasal "speed cubing". Kamu boleh click di label "hobbies". aku ada menulis beberapa tulisan tentang "speed cubing".

Faizal said...

aku letakkan blog kamu di blog aku sebagai link supaya mudah untuk berhubung