Tuesday, March 4, 2008

AKU NI BODOH SANGAT KE?

Insiden ini berlaku semalam. Pagi-pagi lagi aku sudah kehilangan mood untuk bekerja. Ini semua angkara seorang pelanggan yang 'ingat dia bagus sangat'. Ni la yang kami bualkan sebelum sesuatu berlaku.




Aku : Nak apa bang?


Pelanggan: Saya nak data card la...


Aku: Data card? (Aku mengerutkan dahi kerana tidak tahu benda alah itu)


Pelanggan: Ala...yang untuk baca SIM tu....pasang kat laptop


Aku: Yang maner ek...saya tak tau la...tapi memang tak jual kat sini....


Pelanggan: Tak tau ke....orang komputer sepatutnya tau benda ni...


(Aku buat muka sepuluh sen sambil pelanggan tadi mentaukidkan [menguatkan] kata-katanya)


Pelanggan : Sorry ar cakap, tapi memang sepatutnya orang komputer tau benda ni...



Apa reaksi aku selepas itu? Bengang la. Mana tidaknya, dia bercakap macamlah aku ni tahu segala-galanya dalam dunia ni. Walau sehebat mana sesorang dalam bidang komputer ni, pasti ada juga benda yang dia tidak tahu.



Yalah, memanglah aku ini masih mentah dalam bidang komputer ini, tetapi kata-kata pelanggan ini seolah-olah dia berkata "Engkau ni bodohlah". Customer's always right, but we are also human, have feelings and dignity. Jadi, janganlah nak sesuka badak kutuk-kutuk orang pula.



Tidak mengapa. Bila aku dah menimba banyak ilmu perkomputeran di universiti nanti, kita tengok siapa yang tahu, siapa yang tak tahu.

1 comment:

Faizal said...

data card?? aku pun tak pernah dengar nama menatang tu.. ke customer ko tu salah ckp.. aku rasa die yang tatau kot.. die main sedap sebut jer..