Friday, March 7, 2008

ALAHAI...MELEPASLAH AKU....

Menghitung hari menuju ke hari result SPM keluar, aku berasa berdebar semacam. Keputusan SPM satu hal. Yang lebih penting, hala tuju aku selepas ini. Namun malangnya, aku masih lagi teraba-raba dalam kegelapan, disuluh hanya dengan cahaya lilin yang malap.


Aku rasa aku dah terlepas banyak peluang ke luar negara. Salah satu faktornya, sekolah aku. Malang juga aku bersekolah di sekolah yang tidak ternama. Lain pula ceritanya dengan sekolah-sekolah seperti MRSM,SMAP dan sebagainya. Segala-galanya disediakan. Bila dah habis SPM, tawaran pula mencurah-curah.

Sekolah aku? Huh, jangan haraplah.


Aku sebenarnya teringin sangat nak dapat biasiswa MARA. Tapi aku tak tahu pun bila keluar tawarannya. Dalam website MARA kata sebulan sebelum keputusan, akan keluar iklan. Tapi sekarang ni dah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Maknanya? Tak ada harapan lagi


Aku sekarang ni macam dah hilang ikhtiar. Kecewa pun ada. Berserah sahajalah lepas dapat result ni.


Jadi, sesiapa yang ada membaca keluhan aku ni, kalau ada jalan yang bagus,bolehlah cadangkan sesuatu kat aku. Segala pertolongan anda amatlah aku hargai dan semoga Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

2 comments:

Faizal said...

try usha peluang utk scholar JPA.. takpun try usha peluang loan dr kerajaan negeri..

jgn isau.. belajar oversea takde beza ngan belajar kat dalam. bezanya ko dpt tengok tempat org je..

jgn susah hati.. malaysia pun byk universiti2 yg bagus cam U aku - UITM Shah Alam.

hisyam said...

tak payah r nak risau sangat.klu dah ader rezeki mmg takkan lari ke mane.
psal loan ni ak tak expert sngt r. tp pada pandangan ak semua same jer. yg penting attitude nak blaja.
hope this comment helps a bit, ok .

klu tak der jalan masuk jer kolej ak.
ACCA is one of the most prestige qualification in the world