Wednesday, March 12, 2008

ALHAMDULILLAH.......


Alhamdulillah, setelah mengerah keringat yang tak terhingga banyaknya, akhirnya aku dapat juga keputusan SPM yang agak memberangsangkan, iaitu 11 A. Tapi bukan 11 A1, kerana ada satu lagi pelajaran yang aku hanya dapat A2, iaitu Lukisan Kejuruteraan.



Sebenarnya aku tak pernah menyangka yang subjek Lukisan Kejuruteraan inilah yang akan 'mencacatkan' sijil aku. Sebab apa? Sebab pelajaran inilah antara yang paling mudah, dan confident sikit nak score. Aku pun tak tahu mana silapnya, mungkin graf naik, menyebabkan gred A1 sukar dicapai.



Walau apa-apa pun, aku tetap bersyukur yang aku dapat juga semua A. 5 orang kawan aku dapat straight A1. Dan yang lebih membanggakan, semuanya lelaki. Haha, siapa kata lelaki tak pandai,huh? 20 lebih yang dapat semua A. Malah, ada juga pelajar-pelajar yang tidak ditarget pun mampu mencapai semua A. Boleh dikatakan tahun ini, pencapaian SPM sekolah aku paling cemerlang. Proud to be 07-ers.


Sekarang ni aku sedang termenung, kemanakah arah tuju aku selepas ini.

5 comments:

Faizal said...

congrats dude!!

hisyam said...

Alhamdulillah and congrats
Keputusan sekolah kita meningkat
Nak kata macam mane lg?
Batch kita mmg power.
Keep up the good work, guys!

KIV said...

Tahniah...

JPA dah kuar iklan utk interview ke oversea...

van der shraaf said...

Saya dah isi borang MARA tu...(saya x amik JPA, sbb dia terbuka kpd semua kaum)

Anonymous said...

acap... lk tu blaja lg ngan org sblah
opps...