Monday, March 17, 2008

APA NAK JADI?

Aku masih tertunggu-tunggu sijil aku yang tertunggak. Maksud aku, sijil yang masih tidak diberikan kepada aku. Rata-rata permohonan biasiswa yang telah aku buat, meminta supaya disertakan sijil-sijil, terutamanya yang melibatkan ko-kurikulum. Akan tetapi, disebabkan penangguhan yang berulang-ulang (sehingga menyakitkan hati), sampai sekarang aku masih tidak menerima sijil futsal, dan juga sijil pertandingan laman web. Aku sebenarnya segan nak meminta-minta kepada guru aku, namun kalau dah terpaksa, maka terpaksalah.


Apalah nasib aku ni......

No comments: