Thursday, March 6, 2008

DEBARAN BERMULA

Debaran memang telah bermula bagi 2 golongan.Satu, golongan dewasa yang bergelumang dengan politik,menanti penuh debar keputusan pilihanraya. Bagi mereka 8 Mac adalah tarikh yang dinanti-nantikan. Adakah hala tuju negara yang sedia ada akan diteruskan, ataupun mandat kerajaan akan berubah.


Golongan kedua pula,tidak boleh mengundi, tetapi tetap berdebar. Sebab apa? Sebab masa deppan mereka juga akan ditentukan oleh sijil ini, iaitu SPM. 12 Mac. (Bukan ke kau sekali terlibat?) Yelah, memang aku terlibat. Aku mula-mula tidak terasa sangat,namun menjelang kurang seminggu keputusan akan dikeluarkan,barulah fikiran jadi berserabut,akal jadi tidak menentu,minda terawang-awang, tapi makan still kenyang (sebab aku kuat makan) dan tidur pun tetap lena (sebab aku suka tidur..hehe)


Apa-apa pun, aku tetap tidak mahu berfikir sangat tentang perkara ini, nanti bertambah risau pula aku. Walaupun, harapan orang lain kepada aku memang tinggi, aku tawakkal sahajalah. Kalau ditakdirkan aku berjaya, alhamdulilah, kalau tidak, reda sahajalah dengan ketentuan-NYA.


Tetapi, berdebar tetap berdebar

1 comment:

Faizal said...

moga result SPM ko akan buat ko tersenyum.. gud luck.. pasal kekonfiusan ko tu.. ko bleh baca reply comment aku kat entri yang sama.. hahaha.. gud luck gud luck.. jumaat ni aku balik kg, ari sabtu nak ngundi.. wish me luck too.. hahahaha