Saturday, March 8, 2008

ISLAM KE TU?


Maka hari ini, rakyat Malaysia keluar mengundi bagi menentukan hidup mati negara. Menjelang hari ini, telah berlaku bermacam-macam peristiwa, hanya disebabkan perbezaan parti politik.


Antara insiden yang mencuri perhatian saya ialah penahanan bas yang membawa rombongan pelajar IPTA yang mahu balik ke Terengganu untuk mengundi. Kalau menahan itu boleh tahan lagi. Tapi kalau siap baling batu, merosakkan harta orang,apa kejadahnya?


(Sila beri perhatian, saya tidak menyebelahi mana-mana parti, saya bercakap atas dasar kemanusiaan serta panji Islam sahaja)

Saya berasa kesal dengan perbuatan mereka yang mengaku penegak syiar Islam. Hal ini sebenarnya memburukkan imej Islam itu sendiri. Sudah tentu orang parti itu sendiri akan mempertahankan tindakan mereka, mengatakan bahawa mereka mahu mengusir pengundi hantu dan sebagainya.


Akan tetapi sedarlah bahawa umat Islam sudah terlalu sebati dengan Terroris,. Jadi, janganlah pula memburukkan lagi keadaan.Orang barat sebenarnya senantiasa mencari kelemahan orang Islam untuk menakluk dunia ini.


Sampai bila Islam akan maju, kalau sesama sendiri pun tidak bersatu? Orang kafir pula sekarang ini sedang bergembira melihat umat Islam bertengkar sesama sendiri. Perjuangan itu murni, tetapi wasilahnya mesti betul. Ikutilah Rasulullah, jangan diikut pula hawa nafsu dan emosi yang menggelegak.


Jangan sampai ada Pakistan kedua dalam dunia ini!

1 comment:

Faizal said...

I'm also wondering.. pasal space between para aku dah reply comment dalam entri yg sama kat blog aku..