Saturday, March 22, 2008

KESILAPAN + KEBODOHAN = KECELAKAAN


"Sesuatu kemalangan bukan terjadi serta merta, tetapi disebabkan beberapa insiden kecil yang akhirnya membawa kemalangan yang besar.


-Seconds From Disaster, National Geographic Channel-




Seperti yang kita ketahui, setiap manusia pasti tidak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Walau sehebat mana, walau sepakar mana sesorang itu, kesilapan seakan-akan menjadi lumrah, dan saban hari ia tetap berlaku dalam kehidupan. Malah, seperti apa yang dinyatakan di atas, sesuatu kesilapan kecil seperti sebiji bolt yang longgar juga memungkin kecelakaan yang besar.



Dan inilah juga yang berlaku kepada diri aku. Sebenarnya aku tidak mahu bercerita tentang kapal terbang, tetapi motorsikal.Aku pergi ke kerja, menaiki motorsikal
kapcai. Setiap hari melakukan rutin yang sama, laluan yang sama, membuatkan aku menjadi
lali yang teramat sangat sehinggakan ada kalanya berasa bosan.



Betul juga kata orang, malang tidak berbau. Kalau berbau pun, tidak semestinya orang akan dapat mengelak. Tatkala motorsikal dengan lagaknya, menyusuri jalan nan sempit, tiba-tiba tayar belakang motor aku berbunyi aneh. Semacam rosak. Perasaan hairan yang menyelubungi diri, membuatkan aku terus memandang ke bahagian bawah tayar itu.



(Oh, ya...motor pada masa itu masih bergerak apabila) aku tidak perasan apa yang berada dihadapan. Sedar-sedar, motor beralih arah ke tepi jalan. Aku tidak mahu pun masuk ke longkang, tetapi motor aku mahu pula. Apabila hilang kawalan, KABOOM! Bunyi
apa tu? Bunyi motor terbabas la!



Nasib aku baik kerana aku tidak terperosok ke dalam longkang. Hanya luka di tapak tangan (yang menyebabkan aku tidak dapat updateblog pada hari semalam). Nasib aku juga tidak baik, kerana mud-guard (bahagian yang menutupi roda depan) patah, menyebabkan duit aku melayang.



Namun, kalau difikirkan kembali, kesilapan yang berlaku sebenarnya memberi manfaat. Kesilapan membuatkan kita lebih berhati-hati, bahkan mendorong diri kita melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik. Tanpa kesilapan, Thomas Alva Edison tidak akan jadi Thomas Alva Edison, Al-Razi tidak akan jadi Al-Razi dan seterusnya.



Benar bahawa kesilapan akan membawa kecelakaan, akan tetapi apakah semua benda yang negatif hanya bernusur negatif?

1 comment:

hisyam said...

Ya Allah, kesian giler kau.
Jgn rosak muka hensem tu sudah!