Tuesday, March 18, 2008

MACAM CHIPSMORE LA !


Memang betul-betul macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap tiada. Semalam kedai tempat aku bekerja didatangi oleh seorang minah ni. Dia datang tanpa memakai tudung. Kalau tidak pakai tudung tu, memang tak hairan. Akan tetapi, kes ini berlainan. Aku memang mengenali perempuan itu.



Dia tu sebenarnya bekerja di pasaraya yang bertentangan dengan kedai aku. Aku selalu singgah di sana. Yang menghairankan aku ialah, kalau aku terserempak dengan minah tu, dia pasti memakai tudung. Tapi kali ini, lain pula ceritanya. Selamba sahaja dia memasuki kedai aku, tanpa memakai tudung.



Aku memang sedia maklum bahawa iman sesorang manusia sentiasa berubah-ubah. Akan tetapi ia tidak bermakna kita boleh menjadi hipokrit. Kalau mahu melakukan suruhan Allah, lakukanlah dengan ikhlas berlandaskan kaifiat (cara)yang sahih. Pakailah tudung kerana Allah, bukan kerana pandangan manusia. Jika tudung sudah dipakai, pastikan aurat benar-benar ditutup. Tudung yang dipakai tanpa ditutup dadanya, sama sahaja seperti memakai baju tetapi tidak memakai seluar.



Sebab itulah ramai perempuan yang memakai tudung tegar pula melakukan maksiat. Elok sangatlah tu. Kerana apa? Kerana yang malu pada akhirnya bukannya diri mereka, tetapi imej ISLAM itu sendiri.

3 comments:

hisyam said...

ini meruoakan suatu fenomena yang perlu kita renungi dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

berapa ramaikah orang islam yang mengaku mereka itu terikat dengan Allah tetapi tidak tahu akan maksud sebenar menganut di bawah lembangan payung islam

Faizal said...

aku tak bermaksud nak memberi pandangan bernafas sekular, tp aku rasa la kan.. maybe minah tu tgh belajar-belajar nak pakai tudung kot,, so maybe take time nk jadi istiqamah..

just try be optimistic and positive to other person.. takde buruk sangka.

MindHeartBodySoul said...

Salam...

Aku pun tengah berusaha memperbaiki diri...
Fenomena bertudung sekadar fesyen & bukan memenuhi tuntutan syariat sedang giat melanda dunia.

Alhamdulillah, suamiku agak particular dalam hal ini.