Thursday, March 20, 2008

RASULULLAH : PEMIMPIN ULUNG

"Apabila tuba pun dibalas dengan madu, maka amanlah dunia ini...."




Islamophobia. Suatu perkataan yang amat popular pada masa ini. Malah, ideologi ini sudah mencapai tahap kritikal, sehinggakan junjungan Rasulullah menjadi mangsa. Golongan barat sedang memandang serong terhadap Islam, walhal Islam itulah sebenarnya yang membawa cahaya ke seluruh alam ini.



Hakikat bahawa Islam itu adalah agama yang sebenarnya mesti diyakini oleh umat Islam
sendiri keseluruhannya. Keyakinan yang teguh melenyapkan keraguan, lantas menaikkan semangat cintakan agama dan berani memperjuangkannya.



Namun realiti yang berlaku, adalah sama ada umat Islam sendiri sudah takut dan malu dengan agama mereka, lantas tidak mengamalkannya, ataupun ada juga yang terpengaruh dengan doktrin yang melampau, lalu menjurus kepada ekstrimisme. Hal ini melemahkan umat Islam sendiri, dengan pengabaian ajaran Islam dan Rasulullah yang mengutamakan kesederhanaan. Sederhana tidak bermaksud mengabaikan, tidak juga melampau-lampau.



Jadi, mengikuti jejak langkah Rasulullah merupakan perkara yang terbaik. Kita, pada waktu kecil kita, sering didengarkan dengan kisah Baginda, tentang sifat pemaaf ketika peristiwa Pembukaan Makkah, ciri kepimpinan sehinggakan digelar al-amin, serta
kebijaksanaan yang agung sewaktu menandatangani Perjanjian Hudaibiah. Lantas, jangan biarkan cerita tinggal cerita. Tatkala kita dikurniakan akal fikiran yang matang, lakukanlah apa yang terbaik bagi Islam, sebagaimana yang ditunjukkan oleh "Uswah Hasanah"(teladan yang baik) yang paling "maksum"(terlindung daripada perbuatan maksiat).



Marilah kita berselawat ke atas junjungan teragung, Baginda Rasulullah s.a.w., Rasul sepanjang zaman.

2 comments:

Faizal said...

selawat dan salam buat junjungan besae Rasulullah SAW, dan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

hisyam said...

Sunnah for life !