Friday, March 28, 2008

RINDUNYA AKU PADA SI DIA!


"Saya bukan remaja ringan. Bukan remaja yang main-main"


-kata "saya" dalam novel "Tuhan Manusia" karya Faisal Tehrani.





Sejak meninggalkan alma mater yang tidaklah aku rindui sangat, aku berasa semacam resah. Setelah aku bekerja di cc ini selama lebih kurang 4 bulan, aku terasa sempit. Pemikiran aku mulai reput, lunyai dimakan lembapan hujan-hujan kemalasan.



Waktu-waktu beginilah hati aku semakin rindu pada si dia. Pada siapa? Pada si dia. Siapa? Sang buku. Buku-buku yang dahulunya menjadi tempat permainan minda aku, supaya ianya menjadi cergas.



Aku sebenarnya sudah lama ingin melepaskan diri daripada kepompong jumud.Benar, internet sumber ilmu, dunia tanpa sempadan. Malah aku sudah boleh menggunakan internet lebih kerap daripada sebelum ini. Banyak laman web yang menjadi lautan pengetahuan. Malangnya, kuasa yang ada pada laman-laman web itu tidak memadai untuk menandingi kuasa yang ada pada sebuah buku.



Masakan tidak,barangan tulen tidak sama dengan barangan tiruan.



Perlu diingatkan bahawa bacaan ilmiah bukan untuk orang dewasa sahaja. Bahkan golongan remajalah yang perlu didedahkan kepada bacaan-bacaan berat. Pertama, kerana remaja itu gerbang ke alam dewasa. Bayangkan andaikata sesorang remaja itu, perlu mengadaptasi pemikirannya secara tiba-tiba apabila mencecah umur dewasa. Tidakkah ia merupakan tugas yang sukar, apatah lagi ianya melibatkan perubahan yang drastik dalam kehidupan.



Yang keduanya,jika golongan remaja tidak didedahkan kepada pemikiran yang berat, maka akan berleluasalah gejala-gejala yang tidak sihat, kesan daripada pemikiran yang "ringan-ringan". Dewasa ini, remaja acapkali dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang melalikan, majalah picisan yang merosakkan, dan rancangan televisyen yang memabukkan. Sehinggakan para remaja beranggapan bahawa zaman remaja adalah zaman bersuka-ria. Mereka tidak berasa bahawa masa remaja ialah masa yang paling mudah untuk beribadat, menambah ilmu dan melakukan perkara faedah yang lain.



Mereka tidak ingat pun apa itu "lima sebelum lima".


Alhamdulillah, akhirnya kerinduan aku terubat. Novel "Tuhan Manusia" hasil karya Faisal Tehrani menjadi santapan pertama setelah lama tidak dijamah buku-buku. Minda aku bersorak riang.


Dan aku ini aku. Aku tidak mahu menjadi remaja murahan.

1 comment:

hisyam said...

ali r.a.berkata :

jika kamu ingin mengetahui nasib sesuatu umat, lihatlah kepada remaja umat tersebut.

with the way things are, how do you see the future of the malays where most of them are muslims??

that is a question that yet to be answered even for myself........