Tuesday, March 11, 2008

WANG ATAU KUASA?

Meniti percaturan dalam hidup, sifat tamak mesti dijauhi. Walaupun manusia memang pada dasarnya (bukan fitrahnya) sukar berasa puas dengan apa yang dia miliki, wang dan kuasa tidak harus bersama.


Jikalau seseorang mempunyai wang, maka dia tidak boleh mempunyai banyak kuasa, dan begitulah sebaliknya. Mengapa? Sedangkan kedua-dua itu kehendak manusia yang amat bernilai dan digilai?


Hal ini kerana apabila kedua-dua ini bergabung dalam diri seseorang, maka ia bukan lagi menjadi madu yang memberi kesenangan, tatapi menjadi racun.Lebih memburukkan keadaan, bukan sahaja kepada sesuatu individu, bahkan kepada masyarakat keseluruhannya.


Jadi bodohlah rakyat sesebuah negara jika memilih pemimpin dari kalangan jutawan. Kerana bagi jutawan, nafsunya adalah wang dan ia kekal begitu.Apabila dia diberi pula kuasa, bertambah-tambahlah nafsunya kepada wang, macam lelaki 'gagah' diberi viagra. Selepas itu kuasa diguna, wang poket mencurah-curah, tetapi rakyat yang bodoh itu, yang memilih dan menyokong pemimpin sebegini, menderita tak sudah.


Janganlah dianggap apabila jutawan memerintah, duit yang berlambak-lambak akan disalurkan kepada rakyat. Jangan mimpilah.


Begitulah juga bagi ahli poltik yang gila kuasa. Apabila dia berkuasa, jangnlah diberi wang pula. Akan tetapi kalau rakyat tak memberi wang, orang sebegini memang pandai; dia pula akan mencari wang. Dan apabila wang datang kepadanya, maka dia kan mula mencari pengaruh dengan kuasa wangnya. Rakyat yang hidup dengan pemimpin sebegini juga akan menderita; kerana pemimpin terlalu asyik dengan permainan politiknya serta kemewahan, tanpa dipedulikan rakyat.


Jadi buat pemimpin, jika anda berkuasa untuk duit, anda silap; untuk jutawan pula, jika anda membuat duit untuk kuasa; anda telah sesat. Kerana hidup manusia bukanlah untuk kedua-duanya.

1 comment:

Faizal said...

yeah something to think about..