Thursday, April 17, 2008

TOLONGLAH ,JANGAN JADI NAIF LAGI........


Aku ingat lagi, cikgu-cikgu selalu memperli pelajar-pelajar lelaki. Kata mereka, perempuan ramainya di universiti, lelaki ramainya di pusat serenti. Mentang-mentanglah lelaki ramai yang tidak pandai.



Namun, yang aku sedar sekarang ini, memang perempuan ramai di IPTA dan IPTS,akan tetapi apa yang mereka buat? Melacur, jadi perempuan simpanan, berzina dengan pasangan dan macam-macam lagi gejala sosial. Pendek kata, mereka ini memang pandai akademik, tapi tak pandai hidup.



Contoh yang paling sensasi : Sufiah Yusuf. Pandai mengalahkan orang lain. Tetapi akhirnya? Jadi pelacur. Bayaran memang lumayan, tapi kalau maruah tiada, manusiakah itu? Pada mulanya aku kesian juga pada Sufiah Yusuf. Tapi setelah dia mengeluarkan kenyataan, bahawa dia tidak pernah berasa menyesal melakukan perkara terkutuk tu, kasihan aku sudah hilang.



Malah, pertimbangan perempuan yang lebih kepada emosional berbanding rasional memburukkan keadaan. Aku pun sudah muak membaca berita perihal perempuan-perempuan naif, yang gugurkan kandungan, yang dilarikan kekasih, yang diculik, yang dibunuh kerana cemburu, yang dirogol mahram sendiri, dan bermacam-macam 'yang' yang boleh aku tambah lagi. Aku tak cakap pun semua perempuan emosional, tetapi kebanyakan sahaja.



Apabila rasionaliti berkurangan, maka bertambahlah tahap "naifiti"(bermakusd bertambahlah kenaifan mereka). Mudah sahaja diperdaya dan dipengaruhi pujuk rayu lelaki. Mereka sudah tidak punya pendirian dan prinsip hidup. Bagai lalang, mengikut sahaja arah angin, jikalau kekanan, maka kananlah; jika ke kiri, maka ke kirilah.



Aku ingat lagi watak dalam drama siri Liontin, bernama Naishah, yang selalu sahaja
mengikut kata suaminya, walaupun akibatnya kembali kepada dirinya. Setelah kemalangan,barulah dia sedar dan kembali mempunyai pendirian sendiri, dan mampu berfikir dalam sesuatu situasi. Tapi mahukah semua perempuan mesti "dikemalangankan" baru mereka mempunyai akal mereka sendiri?



Jadi, semua perempuan dan wanita perlu menjadi lebih berani dalam membuat keputusan, agar tidak lagi menjadi naif. Namun ini tidak bereti wanita harus memijak kepala lelaki, terutamanya kepada suami. Berani bermaksud berpendirian, dalam konteks
sesebuah rumahtangga, bukannya mempertikaikan segala kemahuan suami. Itu sudah menjadi terlalu berani. Ikut sahaja panduan agama, segala-galanya akan berjalan lancar.



Tolonglah, jangan jadi naif lagi.

7 comments:

Faizal said...

Hey dude. I agree. Don't be naive anymore.

the thing is - manusia tak sempurna. moga-moga sufiah kembali la ke pangkal jalan kan.

Dah la bijak, lawa plak tu, spoil betul jadi camtu sekarang.

hisyam said...

Saya tak rasa Sufiah sebagai seorang yang bijak. Lebih kepada pandai.
There's difference between intelligent and smart.
But, you're right. Half of the social
problems today came from the women's faults. Kembalilah kita kepada jalan yang diredhai oleh Allah.

BTW, i've just updated my blog. It's hard to find inspirations at the moment. Sorry.

van der shraaf said...

hi faizal...
betul tu..
kekadang yg lawa tu la yg bwk masalah...
mmg pon...
pompuan slalu gune kecantikn utk tarik laki...
jalang sungguh...

van der shraaf said...

hi hisyam...

mmg pon...
pandai ngan bijak tu lain...
tp kene igt jgk,dua2 tu masih lg dalm kategori IQ...
pompuan sbnrnyer kekurangan EQ (emosional quotion)...
tu la ramai yg terjebak...

van der shraaf said...

hi hisyam...

mmg pon...
pandai ngan bijak tu lain...
tp kene igt jgk,dua2 tu masih lg dalm kategori IQ...
pompuan sbnrnyer kekurangan EQ (emosional quotion)...
tu la ramai yg terjebak...

MindHeartBodySoul said...

Amboi-amboi sukernyer taruk word: Jalan* , terasa aku Si Kaum Hawa...
Taruk asteric taklah terasa sangat sentapnya...

There's a difference - Intelligence & Wisdom

Anyway, let's come to my blog.
Kalau you rajin lyan TAG megeTAG nih...You've been tagged!
Simpler version.

Thanks..

van der shraaf said...

hi mindheartbodysoul...
fist time dtg blog ni ek?
thanx...

owh, word tu mmg pedas, tp saya x maksudkan semua pompuan jalang...
yg jalang tu jalang lah...
x semua jalang, btol x?