Friday, May 16, 2008

GURU GARANG YANG GILA



Guru-guru sekarang sudah gila. Benar. Aku pun tidak pernah menyangka.

Mana tidaknya. Pada zaman yang remajanya tidak berminat menceburkan diri dalam bidang perguruan, mereka sanggup meneruskan kerja mereka. Bahkan mereka dicemuh oleh pelajar mereka sendiri. Ini barangkali suatu pengorbanan yang orang biasa-biasa sukar lakukan.

Aku teringat lagi puisi oleh Usman Awang, yang memperihalkan pentingnya guru itu. Waktu kanak-kanak aku, ada ditulis puisi itu sebagai mural di sekolah. Dan waktu itu juga,aku tidak kenal pun itu adalah puisi tulisan seorang sasterawan yang hebat, dan lebih elok, aku tidak kenal lagi apa itu puisi. Oleh sebab bangunan itu pun sudah lama, aku tidak pasti mural itu masih disitu, ataupun lenyap dek masa.

Mengenai puisi itu, aku hanya ingat baris terakhir : segalanya bermula dari seorang guru yang biasa. (betulkan saya kalau tersilap). Seorang guru mampu melahirkan seorang jurutera, seorang ahli perniagaan bahkan seorang perdana menteri. Jikalau tiada guru siapa lagi yang mampu melakukan semua itu? Jadi, bolehlah dikatakan seorang guru adalah sebaris dengan manusia-manusia hebat yang lain.

Tapi, kalau nak kata aku ini menghormati guru sepenuhnya, memang tak betullah. Kalau kita duduk asrama, takkan terlepaslah daripda kerja kutuk-mengutuk cikgu. Ada sahaja benda yang kami tak puas hati. Kalau cikgu marah sikit, kata cikgu garanglah; kalau rotan sikit, kata cikgu tu ganas pula. Sememangnya hati kata tak nak buat kerja ni, tapi kalau dah kawan-kawan ajak sekali, kadaang-kadang tu tumpang sekaki juga.

Walaubagaimanapun, aku tidaklah sampai tahap memukul cikgu. Itu dah tahap ganas sangat. Standard la tak puas hati. Tapi kalau nak memukul ni, gengster sahaja yang buat. Aku tak buat.

Sampai sekarang aku masih lagi kesian dengan nasib guru-guru sekarang ni. Kalau prestasi menurun saja, salah cikgu. Padahal pelajar sendiri yang tolol lagi bahlul, diajar tak masuk dalam kepala otak sebab otak dah penuh dengan perihal cintan-cintun dan benda-benda lucah lagi porno.

Lebih kesian jika guru-guru rotan sikit, dah kecoh sekampung, malah ada juga sampai satu negara. Walhal pelajar sendiri nakal sangat, kalau diberi air liur tak lut, mahu juga diberi air tangan (?). Memanglah best. Nah, rasakan. Cuma cikgu-cikgu pun kena ingat, nak rotan ada juga batsnya. Tidak pula sampai nak bunuh budak-budak pula. Cukup sekadar sebagai peringatan.

(Ha, dah habis ke?) Tiba-tiba artikel ni sudah jadi macam lebih kepada celoteh yang merepek pula. Saja nak luahkan perasaan.

Sebenarnya, tujuan akau menulis ni, adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah mengajar aku, daripada sebodoh-bodoh kayu sehinggalah aku dah boleh pergi oversea (insyaallah). Tak lupa juga kepada Cikgu Noorashikin (yakni kakak aku) yang kini sedang mengajar anak-anak Bumiputera di Sarawak sana.

Itu sahaja coretan hari ni. Maaf sebab format tak formal. Sekian. (tiba-tiba macam nak nangis pula)

2 comments:

kepalakotak said...

hmm...
penuh emosi eh?

MindHeartBodySoul said...

Aku ada satu crita pasal guru (cheh, sbnrnya Penolong Kanan) yg datang meninjau waktu cikgu mengajar. Aku darjah 6 masa tuh. Dia, Penolong Kanan HEM, Guru Besar.
Masa tuh subject Alam & Manusia.

Aku ingat sampai sekarang.
1/3 or 2/3 i'm not sure dah... dari permukaan bumi diliputi oleh _________. (isi tempat kosong)

Aku taruk AIR , memang jawapannya sebetulnya AIR. Penolong Kanan tuh baca waktu dia lalu meja aku, terus dia lekuk kepala aku dgn batu cincin dia. Dia kata aku bodoh.
malu giler aku. Budak2 lain yg masih tak brapa cerdik masa tuh mana tau apa2.


I hate the attitude & teknik didikan yg ntah hapa2. Ko bukan Cikgu layaknya !