Thursday, May 29, 2008

KENANGAN YANG "TERINDAH"

(Gambar sebelah hanyalah illustrasi semata-mata)

Baiklah. Pernahkah anda mengimpikan suatu kerjaya bercirikan berikut ?:

1. Kerja 12 jam sehari, dan 6 hari seminggu (cuti hanya sehari seminggu) serta tidak cuti pada cuti perayaan sebagaimana kakitangan kerjaan.

2. Persekitaran kerja yang teramat sempit.

3. Tekanan kerja yang tidak tentu masa.

4. Yang paling best, gaji "lumayan" sebanyak RM 600 sahaja.

Sukar dipercayai, tapi sebenarnya inilah yang aku dapat.



Aku sebenarnya tidaklah mengimpikan pekerjaan macam itu, tapi itulah juga yang aku dapat. Aku selalu macam rasa tak selesa bila kawan-kawan dok asyik tanya "apa kerja ko mase cuti ni?". Bila aku cakap saja, mulalah mereka simpati.

Tapi jangan risau. Hari ni merupakan hari terakhir aku berkhidmat di cyber cafe ni. Lega rasanya. Lepas ni bolehlah aku berehat, dan kalau boleh, buat persediaan sebelum masuk kursus persediaan. Nanti tiadalah pula habis kerja sahaja, terus nak belajar. Lepas tu otak jam. Lepas tu pening. Lepas tu tak boleh belajar. Fail. Lepas tu, kalau kes teruk tahap "ultimate", masuk la pula Hospital Tanjjung Rambutan.

Sebenarnya banyak juga benda-benda yang malas aku nak kenang sepanjang aku kerja di sini. Terutama sekali "mind-set" aku dah kata kerja ni macam tak berbaloi. Dahlah penat, gaji sikit. Cuti pula susah. Hmm..mungkin ada pula orang kata kalau aku kerja macam tu, aku kerja tak ikhlas. Tapi kalau tak ikhas sangat, apsal kakitangan kerajaan selalu minta kenaikan gaji, walaupun golongan ni dah banyak sangat diberi keistimewaan? Bolehkah kalau kita suruh saja mereka ni "kerja ikhlas" sahaja?

Walaubagaimanapun, aku nak lupakan benda-benda macam tu. Hmm...at least aku dapat pengalaman yang berharga daripada kerja "part-time" ni. Macam mana susahnya nak bekerja. Macam mana kena marah dengan bos. Macam mana nak "deal" dengan pelanggan. Macam mana nak tangani sikap pelanggan yang memang sengal. Semua aku dah rasa.

Malah, banyak benda yang berkaitan dengan komputer dan suku-sakatnya dah aku pelajari. Nanti, bila dah belajar, tak adalah pula rasa kekok pula. Kalau dulu pegang keyboard pun tak reti, sekarang nak taip-menaip pun dah laju sikit (sikit je la). Kalau dulu banyak hardware yang aku tak tau, sekarang ni tau la juga sikit-sikit.

Lepas ni apa pula perancangan aku? Ini dia :

"If I dream, I'll dream big,
If I think, I'll think out of box,
If I run, I'll run for my life!"

3 comments:

MindHeartBodySoul said...

Salam, ko kerja aper ni dik oi?
Data entry ker? Tele-marketing ker? Jusco ker? Mesti melibatkan customer service nih...

hisyam said...

Slm van der shraaf..

Jst wanna tell u that i've just updated my blog. Sorry for the hold up. Hope u can take a look at it.

KIV said...

Alala... ciannye...
Takpe la...pengalaman tu...
btw, saya dah update blog saya yang tersadai sekian lama tu... hehhehe