Wednesday, May 7, 2008

MEREKA DAN KERJA MEREKA


Dunia Internet ini ada macam-macam. Benda yang paling saya suka dalm Internet ialah bahan-bahan kutukan pihak pembangkang. Sebab apa? Sebab semua orang akan teruja dengan air liur pembangkang sampaikan mereka pun mengangguk sahaja.

Dengan definisi "pembangkang" itu, dapatlah difahami bahawa pembangkang ini memang diciptakan untuk membangkang. Maksudnya, kalau mereka membangkang, dan kita membangkang balik, maka mereka akan membangkang bangkangan kita. Mereka ini memang tidak boleh duduk diam. Kita cakap sepatah, mereka akan membangkang berpatah-patah. Itulah kerja pembangkang.

Kalau saya mengaku saya penyokong kerajaan dihadapan pembangkang, pasti dia akan membangkang (ya, perkataan bagi post ini "bangkang"...boleh didapati dengan banyaknya dalam post ini)

Cuma anda boleh menghela nafas sedikit sebab saya bukan penyokong kuat kerajaan. Saya akui kerajaan juga buat banyak kesalahan yang memang besar. Tidak mengapa, saya nak juga lihat Anuar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Nak lihat sama ada dia akan menjadi betul-betul kerajaan (makan rasuah juga kah) ataupun masih dengan jiwa pembangkangnya (yang dikatakan "maksum" dan tidak pernah buat silap).

Saya memang kagum dengan semangat pembangkang. Cuma semangat tu melampau sangatlah. Jika boleh mereka mahu anak-anak malahan cucu-cucu mereka ikut sekali. Saya tidak sukakan begitu. Anak-anak sepatutnya dilatih untuk belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak sekarang ini tidak hafal pun pelajaran, tetapi sudah hafal nama pemimpin pembangkang. (Tidak mengapalah...mungkin mereka mahu menghafal untuk masa depan. Mana tahu nama mereka ada dalam buku teks tatkala mereka sudah menjadi kerajaan...)

Tidak mengapalah. Biarlah mereka dengan kerja mereka.

2 comments:

hisyam said...

Slm..
Bg akulah, I have no problem with any kind of government as long as they do their jobs for the people and uphold the honor of Islam.

Tp,sayangnya,perkara yang sebaliknya berlaku di kalangan ahli politik negara kita. Sorry to say, tp braper ramai ahli politik negara kita yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat semata-mata sama ada dari pihak kerajaan ataupun pembangkang?

One thing for sure, ak akan sentiasa mendoakan agar para pemimpin kita sedar akan tanggungjawab mereka kerana pemimpin bukanlah satu pekerjaan untuk mencari kekayaan dan publisiti,tetapi untuk menjadi pekerja kepada rakyat...

van der shraaf said...

hisyam...

aku pun setuju dengan kau...
sekarang ini pemimpin nak sangat kuasa..
jadi rakyat2 yg termakan cakap mereka
jadilah pengikut...
walaupun kerajaan sekarang macam hancur juga,tidak semestinya pembangkang apabila memerintah akan berubah...
setiap ahli politik ada agenda sendiri...