Friday, May 9, 2008

SUDUT SYARIAH



Pagi tadi saya ada membaca ruangan variasi di Harian Metro. Artikel tersebut berkisar rancangan di saluran Oasis, Sudut Syariah. Rancangan ini memaparkan masalah-masalah yang dibicarakan melalui Mahkamah Syariah. Saya pernah menonton rancangan ini. Selain tarikan utamanya iaitu pengacara yang sensasi, Wan Kamarudin, rancangan ini juga menarik perhatian saya kerana melaluinyalah saya sedar bahawa betapa teruknya masyarakat Islam sekarang ini.

Antara episod paling menarik, episod yang mengisahkan seorang suami yang mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain, sehingga mendapat 4 orang anak luar nikah. Yang paling teruk, dia tidak mahu berkahwin dengan perempuan itu walaupun dibenarkan oleh isterinya. Manusia yang beragamakah itu?

Artikel itu juga ada mengatakan "kelewatan kes dibicara dan proses penyelesaian makan masa menyebabkan orang ramai menganggapnya (undang-undang) sebagai undang-undang 'kelas kedua' yang lembap dan membosankan. Walhal kelewatan itu sebenarnya berpunca daripada kejahilan orang Islam sendiri yang sukar memahami prosedur syariah. Kes tersebut menjadi buktinya.

Mereka yang jahil ini menganggap perkahwinan hanya sebagai 'tempat melepaskan nafsu'. Apabila remaja-remaja pun terbiasa dengan retorik cinta yang selalunya pakai-buang; kau tak mahu, aku tak mahu, dan kita berpisah sahaja. Dalam usia begini, berpisah berjuta kali pun tidak mengapa, asalkan ada makwe dan pakwe nya.

Dan apabila mereka berkahwin, mereka sudah terasa seperti "oh, adakah masa berfoya-foya aku telah tamat". Lelaki yang masih menggatal, mencari perempuan lain. Apabila tidak bersefahaman sahaja, biarpun hanya pada perkara-perkara kecil, mesti mahu bercerai. Apa mereka ingat perkahwinan itu semacam masa jiwang-jiwang mereka itu? Mereka sama sekali silap.

Tambahan pula mereka ini jahil agama. Jadi, masa penceraian inilah, baru tahu istilah "rujuk", "khulu'", "nusyuz", "fasakh" dan sebagainya. Tatkala mereka terpinga-pinga beginilah mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada peguam syariah. Itu salah satu faktor kelewatan.

Kejahilan ini juga menambahkan bilangan kes syariah. Alangkah baiknya jika ketika usia muda-muda, masa digunakan untuk menambahkan ilmu, khususnya ilmu agama. Bukannya disi dengan fantasi cinta berbunga-bunga. Sekurang-kurangnya mereka ini tahu batas-batas yang tidak boleh dilangkaui, walaupun hawa nafsu ada pada sesiapa. Sudah terlanjur, baru terngadah. Kalau nasi menjadi bubur, apa lagi mahu dibuat? Makanlah...

Saya berasa amat kesal dengan rakan-rakan saya yang telah pun terjebak dengan sindrom mat jiwang. Macam belangkas, ikut sahaja ke mana-mana. Mereka ini tidak sedar perhubungan sebegitu tidak membawa apa-apa makna, jika sampai ke jinjang pelamin pun kerukunannya tidak terjamin. Madu itu memang manis, tapi kalau madunya hanya satu botol, maka satu botol sahajalah. Kalau mereka ini lahap maka sekejap sahaja madu itu habis.

Sebenarnya, tidak kisahlah mereka ini ada hubungan, asalkan mereka tahu tentang Islam, dan mereka mengamalkannya. Insyaallah akan berkekalan hubungan itu sampai bila-bila.

Kesimpulannya, janganlah dipertikaikan Mahkamah Syariah. Mereka tahu tanggungjawab mereka. Yang tidak betul itu bukan mereka, tetapi orang-orang yang mendakwa itulah yang tidak betul.


10 comments:

Faizal said...

Salam Bro. Bercakap tentang mahkhamah Syariah, mengingatkan diriku pada paper final baru baru ini yang jatuh pada tarikh 8 mei - subjek Malaysian Legal System. soalan esei bahagian C bertanyakan tentang Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah Syariah. :)

Faizal said...

got tag for ya Bro.

http://fezanez.blogspot.com/2008
/05/just-six-words.html

MindHeartBodySoul said...

Mak aiii... apa jenis baju yang pompuan tuh pakai dalam gambar untuk entry ini...


It might be inner shirt, but it projects unhealthy imagination.

van der shraaf said...

hi mr faizal...

hehe...ye la bro...
saya tau awak law student..
tp ok jgk...
igtkan law belajar civil je..
syariah pun ada ya...
bagus2...

van der shraaf said...

hi mindheartbodysoul...

saya sbnrnyer dah agak..
mcm2 ragu2 nak letak gambar tu...
x per, atas nasihat akak,saya akan tukar...
lihat sahaja perbezaannya

PrinCeSS said...

in my opinion, kalau dah sama2 suke, lebih baik langsungkan terus perkahwinan untuk mengelakkan fitnah & perkara2 yang x baik..

kate orang, bercinta selepas kahwin lebih manis..hmm betul ke ye?..
haven't experienced yet..^_^

MindHeartBodySoul said...

Thanks for ur fast action.

Institusi perkahwinan ini indah & penuh hikmah.


Betul cinta lepas kahwin ada manisnya.
Dulu kenal husband 2 bulan terus tunang. 3 bulan lepas tuh teru kahwin.


Masa mula kenal straight tanya dia, "nak kawan dgn saya kenapa? Nak buat isteri ker nak sja2, kalau nak buat isteri terus jumpa mak-bapak"

MindHeartBodySoul said...

Just to share.
Based on sembang2 with my female Chinese colleagues. Dia orang rata2 bersekedudukan dgn their boyfriend.

Selalu diaorg kata "Eh, i takutlah nak kawin"...

Sebab apa? taku nak lafaz kata keramat "I do" & takut nak hadapi risiko "divorce".

Perkara yg sama aku nengok dalam romentic-comedy omputeh.
Berat sangat nak sebut "I do"... sedangkan dah tinggal bersama2 lebih 2 tahun tanpa ikatan perkahwinan boleh pulak...

Bagi aku "I do" tak der makna dlm situasi begitu.
nengok Brat Pitt & Angelina Jolie tuh lagak macam husband & wife. tu kira adultery dah tuh...

Sungguh pincang & terpesong mindset org modern sekarang.

van der shraaf said...

hi princess...

saya pun setuju dengan pendapat cik princess...
sumer tu bertujuan mengekang hawa nafsu drpd ke arah kemungkaran...
cume ilmu agama kena kuat.....
baru rumahtangga aman...

van der shraaf said...

hi mindheartbodysoul...

perkahwinan memang sepatutnya indah...
dan saya juga amat kagum dengan cara akak kahwin...
bersesuaian la...

saya teringat cerita imam ghazali ketika waktu baligh..
suatu pagi beliau mengadu bermimpi (ihtilam) kepada bapanya...
lalu bapanya terus membawanya mencari perempuan yang sesuai, dan terus dikahwinkan...

tapi kalau ikutkan masa sekarang ni,tgk keadaan juga...
x semestinya kahwin awal membawa kebahagiaan...
yang penting, agama kena kuat...