Tuesday, June 24, 2008

BUDAK KOREA YANG BERMAIN FUTSAL


Aku suka baca blog-blog lain, sebab setiap orang ada benda yang mahu diperkatakan. Seperti juga prinsip "setiap orang adalah unik",maka pemikiran setiap orang adalah unik. Asalkan posting yang dipersembahkan tidak mempunyai nilai-nilai kotor dan jijik, semuanya boleh aku cerna. Dan kalau boleh, aku akan pertimbangkan juga pendirian blogger itu mengikut pendapat aku juga.

Aku telah membaca posting blog oleh kak Princess,tentang keangkuhan rakyat Malaysia dengan statusnya. Dan juga, budaya ketidakterbukaan rakyat Malaysia yang dalam sesetengah kes, membawa kesan buruk kepada kita juga. Rata-rata aku amat bersetuju dengan pendapat kakak ni.

Yang pertama itu, aku malas nak ulas panjang-panjang sebab posting ni aku nak utamakan kepada perkara yang kedua. Cuma cukuplah aku ulas sedikit mengenainya.Orang Malaysia angkuh dengan orang asing sebab negara ni ramai pendatang asing yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh-buruh dan pekerja kilang, bukannya sebagai pekerja profesional. Kalau orang Malaysia pergi ke negara lain, yang negaranya juga diduduki oleh ramai imigran,
pastinya orang Malaysia ni, sama saja tarafnya dengan orang Indonesia, bangladesh,dan ramai lagi imigran yang ada di negara ni.

Perkara kedua, mengenai keterbukaan. Aku pun setuju juga dengan akak ni. Orang Malaysia (aku tak terkecuali) tidak terbuka dalam banyak perkara. Cuma kalau terbuka tu, janganlah keterlaluan. Kalau terbuka sangat, kita boleh jadi berpecah-belah. Nasib baik ada peruntukan undang-undang bagi masalah ni.

Aku ada benda yang hendak dikongsi.Minggu lepas, aku dan kawan-kawan merancang nak main futsal di Shah Alam. Mula-mula,aku dengan kawan aku yang duduk dekat dengan
rumah aku saja yang dah sampai di tempat futsal tu. Yalah, kami naik motor sama-sama. Kemudian, sampailah juga kawan aku tu, namanya Naufal (budak genius yang dapat
no.2 terbaik PMR seluruh Malaysia, tapi tu kira dah lama dah). Terkejut juga dia bawa 2 orang remaja, yang pada mulanya kami sangka orang Cina.
"Saper tu ,Naufal?"
"Owh, kawan aku,budak Korea, yang belajar Inggeris sama ngan aku"
"Ni ke budak yang ko penah citer tu?"
"Ye ar...ni namanya Jin, sorang lagi Eric"
"Budak-budak ni mmg nak main ngan kita ke?"
"Ye ar...diorang yang nak sangat"

Lepas tu,datanglah pula kawan-kawan kami yang lain. Lalu kami mainlah dengan riangnya. Cuma yang aku perasan, budak-budak Korea tu macam tak seronok
saja main dengan kami. Aku pun tak tahu apa puncanya. Aku tak suka buat tanggapan yang melulu.Mungkin mereka tu rasa penat, mungkin juga
muka mereka saja nampak macam tu. Ataupun yang paling tidak seronok untuk diberitahu, ialah sememangnya mereka tidak berasa seronok.

Sebab apa? Oleh sebab mereka ni orang Korea, yang tak faham sangat Bahasa Melayu, maka kami tidaklah mesra sangat dengan budak Korea tu.
Kami boleh saja cakap dalam bahasa Inggeris, tapi sebab kami ini orang Malaysia, yang selalu tidak terbuka, maka kami pun jadi tidak
mesra. Dan oleh sebab aku juga orang Malaysia, aku pun terjebak sama. Aku rasa bersalah kalau tak tegur. Lagipun kalau aku boleh borak-borak
sedikit dengan mereka, at least aku boleh tajamkan bahasa Inggeris aku.

Lepas tu, ada sekali aku tersepak bola DIRECT ke perut salah seorang budak Korea tu.Pergh...makin bertambahlah rasa bersalah aku. Nasib baik dah minta maaf dengan
budak tu.

Itulah kisahnya. Aku tak pasti sama ada kawan-kawan yang lain perasan atau pun saja buat-buat tak peduli. Yang pasti, sikap terbuka ni mesti diamalkan walaupun ada batasnya.
Istilah 'terbuka' itu sendiri bukan sahaja merujuk kepada perihal kritik-mengkritik, dan kutuk-mengutuk. Inilah silapnya. Sebab itu jika rakyat Malaysia diajak untuk
bersikap lebih terbuka, mereka segera menolak kerana mereka telah diterapkan dengan persepsi yang amat serong.

Terbuka bermaksud kita bersedia berkongsi perasaan, pendapat, dan apa-apa saja yang berkaitan, walaupun ada juga benda yang tidak boleh dikongsi. Dan dalam
kes futsal ni, terbuka untuk menerima dan mengenali seseorang yang baru, dan jika boleh, menjadi lebih mesra. Sebab daripada perkenalan itulah juga, pengalamn
boleh ditimba, pengetahuan boleh ditadah.

Janganlah hanya rapat dengan orang yang kita rapat sahaja.

2 comments:

PrinCeSS said...

rasenye perbezaan budaya kdg2 membataskan pergaulan..
as a foreigner in korea, mmg x dinafikan susah nak 'masuk' bila bersembang/kluar dgn dorg..

maybe budak korea tu pun same kot..

MindHeartBodySoul said...

Ahkak punya pendapat...

Ianya berkaitan dgn attitude seseorg.
Mungkin sikap 'tidak mesra' membataskan kommunikasi di antara kalian.

Bila lack of communication, no understandings & proses mengenal hati budi tak terjalin.

First impression & kena fikir mcm mana nak overcome/perbetulkan 1st impression derang kat kita yg tak best...

1. kalo ko yg beriya2 cakap bayak, korean tuh bolyan ndak tak ndak, kita plak lebih2.. pun tak best jugak... (perpectif yg ada unsur pessimist, ni kena 'test the water' dulu, agak2... acah2.. tengok frequency).

2. Kalo ringan buka mulut, gayung bersambut.. oklah...


baerdasarkan pergaulan aku dgn Japanese & Korean... depanih surface ajer serious.. nampak tak keras, dingin... sebenarnya mereka selamba dlm kehidupan biasa, very sporting.


tapi beneath the surface derang ada
'hidden sense of humor'yg kita kena triggerkan...

Aku selalu citer yg bos2 aku yg Japanese nih siap boleh gelak2 borak itu ini dgn aku, ramai rakan aku yg tercengang2 tak caya.

Maaf. ini pendapat peribadi berdasarkan pengalaman diri.

Sekian dari ahkak.