Wednesday, June 18, 2008

KARTUN


Spongebob berangan-angan untuk menjadi seorang pengawal pantai kerana dikatakan suatu kerja glamor. Dia berpura-pura menjadi seorang daripada mereka. Semuanya nampak baik, sehinggalah dia terpaksa menyelamatkan Patrick daripada lemas. Spongebob yang
tidak tahu berenang itu cuba juga, akan tetapi pada akhirnya dia juga yang lemas, dalam laut yang sebenarnya amat cetek!

Aku akui, aku memang suka kartun. Lebih-lebih lagi kartun yang bercirikan kanak-kanak, bukannya anime yang lebih kepada remaja atau dewasa. Spongebob, Shin Chan. Itu sahaja sebenarnya. Yang lain tak layan sangat.

Walaupun nampak kebudak-budakan, sebenarnya aku minat sebab kedua-duanya membawa pengajaran secara tidak langsung. Yalah, sense of humor tu memang menjadi daya penarik. Namun aku juga suka berfikir tentang apakah mesej yang hendak disampaikan.
Kartun sebegini mengajar moral secara tersirat, bukan secara terus. Kartun yang lain lebih suka secara direct. Kalau nak bercerita tentang persahabatan, maka ditunjukkan macam mana mahu bersahabat. Mereka tidak menukarkan penceritaan
kepada suatu bentuk yang lain.

Gelak gelak juga. Minda mesti jalan.

2 comments:

hisyam said...

Slm van der shraaf..
Tak tau lak ko suke kartun spongebob.

Sebenarnya aku sangap dengan kartun tu gak. U just gotta love patrick n his stupid jokes.

Anyway, ak br update blog ak. Sorry lah dh lame tak update, malas gak sebenarnya.

PrinCeSS said...

I LOVE CARTOON..

betul2 banyak pengajaran dari kartun..cara penyampaiannya mudah je