Saturday, July 5, 2008

INTEC :: THE JOURNEY IS ABOUT TO BEGIN

(Pergh...dah lame tunggu, barulah boleh hantar post kat blog ni...alangkah bestnyer kalau ada hosting blog sendiri..huhu)

Setelah 17 tahun menunggu, akhirnya aku melangkah jua ke alam universiti. Yalah, walaupun baru sahaja persediaan, tapi kira universiti jugalah tu.

INTEC adalah singkatan bagi International Education Center, dan disinilah tempat aku belajar sebelum aku ke luar negara. Itupun kalau dapat lepas kelayakan dia (bagi pelajar MARA,CGPA mesti lebih 3.00 serta SAT (Scholastic Aptitude Test) dan TOEFL (Test of English As Foreign Language) kena masyuk juga.) Jadi, masuk ke INTEC ni bukanlah jaminan ke luar negara actually.

Masa aku mendaftar tu, hujan memang lebat walhal gari-hari sebelum dan selepasnya tak lah pula hujan. Entahlah. Hadiah pertama yang aku dapat masa mendaftar adalah lumpur. Betul, lumpur.

Bapak aku parking kereta dekat padang depan Kolej Cendana (tempat aku tinggal). Dan, kalau namanya padang, yang berada dalam kelebatan hujan, sudah tentu lumpur meliputinya. Mula-mula kelihatan seperti tiada masalah, sehinggalah masa mak bapak aku nak balik, terlihat didepan mata satu kereta susah nak jalan sebab tayar terbenam dalam lumpur.

Atas dasar kemanusiaan (sebab sama-sama manusia), dasar perpaduan (sebab orang yang terperangkap tu orang Cina) dan dasar belas kasihan (takkan nak biar orang lain dalam kesusahan) aku dan beberapa anonymous lain pun tolonglah tolakkan kereta cina tu. Dah elok-elok kereta tu keluar dari lumpur, srrreeeetttt, mencurah-curah lumpur terkena kat baju aku. Nasib baik aku dah tukar pakaian masa tu (aku mendaftar pakai baju kemeja formal, lepas masuk bilik tukar pula baju), kalau tak, entahlah apa nak jadi.

Lepas parents aku balik, aku balik ke bilik dengan mata-mata yang melihat (especially parents lain) penuh kehairanan. Anak siapa lah ni!

Kolej yang aku duduki (Kolej Cendana, as I mentioned earlier) sebenarnya jauh juga dengan kampus INTEC. Kolej Cendana di Seksyen 6, INTEC dekat Seksyen 17. Tapi tak risau sangat sebab ada bas yang rata-rata masih lagi berbau kedai.

Bilik aku pula boleh kata memang best la. Siap dinding ber'tile' lagi. Boleh kata serba-serbi lengkap berbanding dengan masa sekolah menengah dulu. Cuma tak adil kalau nak compare dengan sekolah menengah, betul tak?

Sebenarnya aku ada banyak lagi nak cerita, tapi tak sempat pula. Kalau nak tengok gambar-gambar masa di INTEC ni, bolehlah melawat http://www.friendster.com/ashrafishak.



1 comment:

MindHeartBodySoul said...

Salam.
Wah dah masuk INTEC.
Semoga success.

INTEC dekat sebelah flat adik saya sewa. Ho, kamu nama Asyraf ya?
Adik saya Muhammad Asyraf Rohim.
(Off Topic).


& Tahniah sebab dah boleh guna lap-top surf internet...