Thursday, July 31, 2008

MATH AND SCIENCE CARNIVAL!


Budak-budak INTEC meraikan Karnival Matematik dan Sains dengan meriahnya semalam (yakni hari Rabu). Macam-macam juga aktiviti masa karnival ni. So, memang tak heranlah kalau ia merupakan salah satu aktiviti tahunan INTEC.

Aku juga terlibat dalam karnival ni. Setiap program ada pameran sains yang nak dipamerkan. Macam kitorang, ADFP (American Degree Foundation Programme) buat Space Tunnel. Pergh, nama dah gempak. Tapi bukannye kitorang buat space tunnel betul-betul pun. Just macam pameran biasa je. Anyway, kitorang telah pun buat sesuatu yang amat mengujakan pengunjung-pengunjung. Check it out!


Ni la spesimen alien yg diawetkan menggunakan formaldehyde. Bukan senang nak dapat ni. Yang pasti, aku tak buat replika ni. Budak-budk bahagian Alien yang buat.

Ni la 'Sultan' kami. Haha...nama dia Raja Alauddin. Dia la yg buat presentation flash mase pameran ni. Aku cuma tolong sikit-sikit. (weh,weh...rilek Raja...jangan pulak nak tembak bullet ke mata aku!)

Ni la kapal Alien (ala, yg diawet tu) tp kapal ni tak payah nak awet pun.

Hehe...aku dengan Darth Vader yg begitu cute....

Ni la tempat pameran kitorang. Masa ni la ramai pelajar serta lecturer datang. Memang sibuk la masa tu.

Hmm...budak-budak sekolah menengah pun datang. Antaranya KISAS, ASIS, SMK Sek 18 dan beberapa sekolah lagi. Tapi SAMBEST tak de la.

Mungkin korang semua tak nampak lagi sekeras mana kitorang bekerja. Walaupun aku tak gambar keperitan kitorang kerja, tapi aku ada juga 2 gambar yang mungkin boleh buat korang rasa penderitaan kitorang.

Ok. Ni gambar sampah-sampah masa sebelum pameran bermula. Ni la 'najis-najis' yang terpaksa dibuang semasa persediaan. Agak sikit la, tapi kerjanya tetap banyak.

Ha...ni pula sampah masa berakhirnya pameran itu. Walaupun rasa lega, kitorang kena juga kemaskan semua benda alah ni. So, nampak tak macam mana susahnya kitorang kerja?

Hmm...tu je kot yang aku nak postkan. Bagi aku, pameran MSC (Math n Science Carnival) memang gempak la. Aku bukannya nak embellish, tapi sememangnya kitorang telah buat sesuatu yang begitu supernal.

Anyway, tahniah kepada krew-krew Space Tunnel dan semua yang terlibat menjayakan karnival ni!



4 comments:

PrinCeSS said...

wah nampak bes je pameran tu..
p/s : nasib baik alien x turun ek

van der shraaf said...

hmm...agak best la....
mmg meriah n happening...
huhu

MindHeartBodySoul said...

der shraaf...
kalo ko jadi scientist nanti akak nak ko kaji STARGATE...
akak nak tahu betul2 wujud ker teori relatif masa...

galaxy & matrix nih pun patut di kaji...

eh,eh.. macam Telletubbies pulak...

van der shraaf said...

hmm...bagus juga cadangan akak tu...
nanti saya try ar cari maklumat tentang tu ....