Sunday, August 24, 2008

SUKAN OLIMPIK 2008


Sukan Olimpik akhirnya melabuhkan tirai dengan selamatnya. Walaupun aku tak tonton sangat Sukan Olimpik ini, aku rasa ada beberapa perkara yang korang semua mesti ingat sepanjang zaman. Antaranya :

1. Kalau sebelum Olimpik ni nama Usain Bolt macam tak kenal sahaja, sekarang ni korang dah kenal. Pemenang 100m, 200m dengan 4x100 m. Yang paling masyuk, dia pecahkan ketiga-tiga rekod dunia. Aku paling ingat masa dia berlari 100m, dimana dia dengan selambanya perlahankan langkah masa nak tamat tetapi still pecahkan rekod dunia. Pergh...

2. Michael Phelps. Dia semacam ada jin yang bawa dia berenang. Asal renang sahaja, jadi juara. Aku begitu tak faham. Tetapi yang penting, dia perenang terhebat dunia sepanjang zaman.

3. China jadi juara Olimpik. Sebenarnya aku tak berapa hairan sangat tentang kejayaan mereka ni, tapi kalau nak diskalakan dengan betapa susahnya Malaysia nak dapat walau 1 pingat emas, kejayaan mereka ni memang boleh dibanggakan. (yela,kalau pingat perak pun dapat Dato', pingat emas dapat pula Dato' Seri). Asia pula dah semakin garang, terutama Jepun dengan Korea. Korea siap boleh menang softball kalahkan US. Pergh...(kali kedua)

Sebenarnya ada selambak lagi perkara yang best, tapi tu je la yang aku boleh cakap. Anyway, aku rasa Sukan Olimpik ini adalah yang terbaik pernah aku saksikan. Hopefully Sukan Olimpik 2012 di London akan jadi lebih best. Cayalah...

1 comment:

kepalakotak said...

yo
update blog bro!!
tak lama lagi nak raya!!Yay!!