Monday, November 10, 2008

'IKAN CIKGU'?


Aku sebenarnya nak kongsi cerita ni kat kamu semua (@korang) lame sebenarnya. Malah benda ni pun macam dah lama gak berlaku. Aku dah berniat lama tapi, entahlah, otak aku ni agak beku sebab belajar memandu (dah cerita post yang lepas).

Aku ngan Raja (yakni kawan kelas @ rakan techno @ kawan lawak2 bangang) berjalanlah ke pasar di Seksyen 6. Pasar tu ada 2 hari je, hari Selasa ngan hari Jumaat, tapi aku dah agak lupa hari apa, antara 2 tu la kot. Arakian, setibanya kami di sana, kami jalan lagi (mesti la, takkanlah merangkak pulak).

Aku masa tu dah beli air. Raja sapa aku.

"Weh, ko tau x ader 'ikan cikgu' kat Malaysia ni?"
"Ikan cikgu? X pernah dengar pun. Ikan keli, toman aku tau ar"

So, dier pointing finger dier kat pasar basah kat situ gak. Oleh kerana aku susah nak describe benda yang aku nampak, korang boleh refer kat gambar kat atas ni. Tu la benda yang aku nampak.

Aku x tau la benda ni lawak sangat ke tak, tapi kami gelak agak rigorously.Agak lame gak kami gelak. Raja bertitah lagi,

"Ko tau x, kalau kat sini name dier 'ikan cikgu', kat U.S lain..."
"Ape dier?"
"Teacher Fish"

Lagi sekali, aku x tau benda ni lawak sangat ke x bg korang, (malaslah nak dilabel sebagai syok sendiri) tapi kitorang gelak lagi sekali.

Oleh sebab benda ni macam best je, aku pun bercita2 nak tangkap gambar gune handset aku. Cume, aku segan gile sebab orang dah la ramai kat situ. So, aku macam berpura-pura tangkap gambar Raja dan wat pemandangan tu candid. Sebab tulah gambar tu nampak macam kabur sikit; sebab aku dah zoom berape kali entah.

Tu je ceritanyer. X der ape2 sangat. Walaupun macam absurd je cerita ni, tapi aku saje cerita. Sorry kalau merapu. Hehehe...

P/S : Aku nak mengelakkan salah faham, so aku explain benda ni. Raja tu bukan Rajakumaran, Rajakumar atau sebagainya, tapi Raja Alauddin. Yup, orang Melayu. Tu je nak cakap, sebab ader orang dah pernah tersilap (ader cerita dier, tapi malas nak cerita) Kalau dah kenal budak tu x per, takut yang x kenal je silap. Harap maklum.

3 comments:

aisya said...

eee. aisya pn first time taw. ade 'ikan ckgu'. haha.
mcm la aisya tau sgt ikan laen2. xD

Anonymous said...

P/S : Aku nak mengelakkan salah faham, so aku explain benda ni. Raja tu bukan Rajakumaran, Rajakumar atau sebagainya, tapi Raja Alauddin. Yup, orang Melayu. Tu je nak cakap, sebab ader orang dah pernah tersilap (ader cerita dier, tapi malas nak cerita) Kalau dah kenal budak tu x per, takut yang x kenal je silap. Harap maklum.

hu2..nie tnpa kebenaran nie..

HARYA said...

gler kentang cte ko..
wakaka..