Friday, December 26, 2008

AKHIR MINIT DALAM MASA














Siapa sahaja yang suka pasukan bola sepak kegemarannya dibolosi gol pada minit-minit terakhir pada ketika kedudukan terikat 0-0? Siapa sahaja yang suka penerbangan ke tempat pelancongan yang diidam-idamkan dibatalkan juga pada minit-minit terakhir? Siapa sahaja yang mampu menahan kemarahan apabila sesuatu tidak diduga berlaku tatkala kerja yang hampir siap dirosakkan pada saat-saat terakhir?

Tidaklah hairanlah apabila rombongan ke Langkawi yang akan disertai oleh abah, mak dan adik aku dibatalkan pada saat akhir, aku tidak berasa hairan. Abah aku, hilang selera untuk senyum; mak hilang selera untuk makan; adik hilang selera untuk menonton bola sepak; aku hilang selera untuk menulis blog (memang elok kalau mereka pergi sebab aku boleh tempah baju jersi yang terkini tatkala mereka singgah di Padang Besar) walaupun akhirnya diri aku menulis dek desakan diri. 

Amat hiperbola apabila aku menulis sebegini; kecewa mereka tidak seteruk yang anda sangka. Tapi minit-minit terakhir memang menyedarkan kita bahawa kita selalu bermain dengan masa, dan akhirnya yang menang dalam perlawanan itu adalah mereka (masa).

6 comments:

ct.mashitah said...

di saat2 akhir aku dikuciwakan... mmg perit.

p/s:kt lgkw xde pape laa....

van der shraaf said...

aku x pegi pon...sbnrnyer aku nak tempah jersi jer...aku dah ar ngidam jersi bola sepak yg murah lg nmpk-mcm-ori kat pdg besar...kalo bleh aku nak beli 3 helai..

ct.mashitah said...

isy, bola lagi... haiyoo...
xpe, yg susa nk dpt tu la yg nikmat bile dh dpt. hee

Faizal said...

dah TEVES juga score goal last minute lawan stoke city.. NICE NICE.

aisya said...

lar. tak cakap.
aisya bru balik dri pdng besar. hahaha. takdek la baru. :p
tpi ade lah. last week kot. ke last 2 weeks. hihi.

HARYA said...

dan arsenal juga dibolosi..
last2 minute oleh Villa..
aku kuciwa..