Tuesday, December 30, 2008

PALESTIN

Siapa kata mereka takut?

Setakat yang aku tahu, 30 orang kanak-kanak terkorban dalam serangn Israel ke atas penduduk Palestin. Keseluruhannya pula, 360 lebih. Itupun kebanyakannya orang awam yang tiada kena mengena dengan gerakan ketenteraan.

Ini bermakna Israel bukan sedang berperang, tetapi sedang membunuh. Memilih sasaran yang mudah sahaja. Aku rasa mereka takut dengan semangat pejuang Palestin; mereka punya keazaman walaupun bazooka mereka hanyalah batu.

Sekarang ini pun aku rasa serba salah sebab kelak aku akan belajar di Amerika Syarikat. Walaupun Barack Obama akan menggantikan Bush (laknatullah), aku tak rasa ia akan mengubah senario di Palestin. Cuma aku terpaksa lakukannya, sebab aku pergi untuk menuntut ilmu, bukan menyokong penyangak politik tu.

Aku yang di kejauhan ini hanya mampu berdoa sahaja kesejahteraan penduduk Palestin. Mereka yang terkorban pula mudah-mudahan dikurniakan syurga dan ditempatkan dikalangan syuahada'.

3 comments:

ct.mashitah said...

amin... menuntut ilmu tu jihad. =)

Faizal said...

My thanks and appreciation for you is HERE

a d a m™ said...

huhu..kecian org2 kat palestine tuh...PM israel skrg lagi ganas dr yg lepas...

aku respek giler presiden iran kata israel nih penjenayah perang depan2 kat media massa...