Thursday, December 18, 2008

PUSARAN ITU ADA

Berapakah pusaran yang budak ini punyai?

Pusaran. Pusar.

Aku harap benda yang aku tulis lepas ini mengarut. Pusaran itu manifestasi. Kononnya. Itu kata nenek moyang kita, menjadi suatu warisan. Kamu-orang mengerti?

Pernah lihat benda yang ada di belakang kepala kamu-orang? Corak yang melingkari ruangan rambut. Itulah pusaran. Keluarga aku memanggilnya 'pusau' (tidak pula diketahui macam mana perkataan 'pusar' boleh menjadi 'pusau' tapi memang begitu hakikatnya).

Dari dahulu kala lagi aku dengar daripada keluarga aku ni, bahawasanya pusaran ni boleh menentukan perangai seseorang. Hipotesisnya : makin banyak pusaran yang tersangkut pada kepala seseorang, makin nakal (nak kata jahat agak melampau pula) seseorang itu. Masa zaman jahiliah aku (yakni zaman kecil2 dahulu kala ar) aku pernah dengar ada orang pusarannya sampai lapan ! (maknanya teramat amat amat amat nakal ar) Tapi rasanya paling banyak pun dua sahaja yang aku tahu setakat ini.

Bermadah tentang pusaran ini, teringat pula masa kecil aku dahulu. Menurut riwayat mak aku, aku masa zaman bayi dahulu selalu menangis. Kekerapan aku menangis itu boleh diumpamakan seperti Ahmad Albab sebelum diketukkan pintu. Kedahsyatan yang teramat sangat. Maka pada waktu itu aku dipanggil sebagai 'tara fuse' (ta-ra foo-sey) yang bermaksud 'tiada pusaran'. Maknanya baik sangat lah. (Hehe) Sampai sekarang gelaran itu melekat lagi pada diri aku.

Konklusinya, jangan percaya kepercayaan ini. Baik buruk itu ikhtiari (pilihan).

[Jawapan kepada kuiz di atas: Dua. Maknanya memang nakal. Tu bukan anak aku. Mak aku yang jaga.]

9 comments:

ct.mashitah said...

rambut aku xde pusaran. aku baik kn?? hee.
lg 1 kpercayaan, dahi luas = pandai.
bulu mate kanan gugur, ade org rndu. (jgn nafikan pliz. aku slalu hepi bile bulu mate kanan gugur)
tgn kanan gatal, duit masuk.
ade taik lalat kt ibu jari kaki (or juz kt kaki), mlangkah jauh.

wallahualam.

van der shraaf said...

btol sgt ke ar?
mmg x btol bg aku ar...tp ntahlah...
kekdg kalo slh satu benda ni ader kt kite, kite akn ader some feeling...
(aku ader tahi lalat kt ibu jari aku...hehe)

ct.mashitah said...

weh, aku ade tahi lalat kt ibu jari kaki jugak!! =DD (dh excited..)
jom gi us! haha..

aisya said...

er. pusaran tu ape?
aisya trigt komsas - pusaran. haha.

Faizal said...

yeker? kalo kepala botak cam stone cold? camne plak? :)

van der shraaf said...

to aisya...

x pernah dgr ke pusaran tu? hoho...ko tgk kat belakang ko tu...kalo ader mcm corak kt situ, tu namenyer pusaran...

to faizal...

kalo botak tu, pusaran dier invisible...

muhammadfauzan said...

aisya mna ada pusaran....rambut megi...kih kih kih...

tp byk benda2 kt atas tuh aku pun dgar gak...

adik aku pun pusaran dua bijik...dlu jer la nakal...skang ni bebaik dah...

aisya said...

eeeeee. ashraf! tgk.. fauzan asyk nk kutuk aisya jeeeeeee..
mne ade aisya rmbut megi.. blwekk!


err. kt blkg ape? ats kpale? :-S

van der shraaf said...

uish..korg ni..x abes2...

ala, kt belakang kepala tu la...ader mcm rambut tu berpusar skit kt situ...