Saturday, January 17, 2009

FUTSAL YANG MENANG


Team Saga (dari kiri : Farhan, Irshad, Ismail, Aku)

Tiada siapa termasuklah kami menyangka bahawa pasukan kami boleh menang. Nama pun Saga. Tiada kelas. Kebudak-budakkan. Rasanya kami sahaja yang tidak bernama berbau-bauan moden. 

Lebih-lebih lagi pasukan yang menyertai pertandingan futsal ini hebat-hebat belaka. Lebih-lebih lagi bermain atas arena yang agak kecil (yakni gelanggang sepak takraw) dan menggunakan gol yang juga kecil (takkanlah besar pula). Lebih-lebih lagi kami ini bukanlah pemain futsal yang mempunyai profil yang hebat di Kolej Cendana. Siapa sangka?

Aku cuma boleh mengucapkan syukur Alhamdulillah. Tuah ayam nampak di taji, tuah manusia Tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa hal pun aku lebih suka mengatakan bahawa kemenangan ini dalah kemenangan Kolej Cendana seluruhnya. Sekurang-kurangnya para senior pun kena tahu bakat-bakat di Cendana bukan calang-calang. Ramai sahaja yang hebat.

Aku pun tak mahu mendabik dada pada kejayaan ini sebab banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Aku sendiri pun berasa amat kerdil dalam pasukan aku sendiri sebab pemain pasukan aku yang lain (Mail, Irshad dan Farhan) bermain dengan bagus berbanding dengan aku.

Masa perlawanan akhir, hampir sahaja mencetuskan pergaduhan. Salah aku pun. Main ganas sikit. Tapi aku lepas tu minta maaf, dan senior yang main final tu pun boleh tenang lagi. Aku dapat lihatlah kematangan mereka dalam mengendalikan situasi tegang. Bagus.

Lepas ini tak tahu nak masuk apa-apa pertandingan futsal ke tak sebab dah makin bayak kerja. Tapi harap-harap Kolej Cendana boleh buat pertandingan di Kolej Cendana pula. Huhu.

Caiyok!


Penyampaian hadiah....

Menunggu perlawanan dengan khusyuk...


Gambar yang tiada motif


Team kami dan team lawan sebelum bermula perlawanan akhir....

7 comments:

ct.mashitah said...

wahh! aku bangge r aku antara yg terawal ucap taniah! isy2... bangga3. hahaha

van der shraaf said...

>>mashi
thanks....................

Anonymous said...

bravo!! tahniah!!

zafree said...

duit hadiah tuh korang watpe?

haha

congrates2!

majulah sukan utk cendana!

Syazwi said...

bangga aku dowh ada roommate champion macam ko!
wuhu!
tahniah tahniah!

kepalakotak said...

asrap, engkau kelihatan kacak seperti dahulu, cuma stokin biru itu tak masuk

tahniah atas kemenanganmu

HARYA said...

memang xrugi maryland amek ko..
lpas neyh xyah msuk tournament..
kat cndana..
wakil maryland plak..
genius + hebat...