Friday, January 16, 2009

IKAN CIKGU MAKIN PUPUS?

Aku pergi ke pasar Jumaat bersama Raja (Alauddin) dan Irshad. Aku tak menyangka apa-apa selain daripada mengosongkan dompet aku yang sekarang ini tiga-suku penuh. Jadi, pada mulanya, tiada apa yang menarik berlaku.

Selepas aku selesai membeli air-tebu-tanpa-ais, Raja bertitah:

"Aku risau la ikan cikgu makin pupus"
"Pupus? Maksud kau?", balas aku.
"Ye lah, dulu ikan cikgu tu 1 tray je, sekarang dah ade 3..."
"Eh, ye ke? Ko biar betul"

Aku memandang ke kanan aku, tepat ke arah Pasar Basah. Lalu terpampanglah satu pemandangan yang sungguh meng-ajaib-kan. 

Ikan Cikgu kini dijual dengan murah tatkala kegawatan ekonomi (maaf, gambar kabur sikit)

Ya, sekarang ikan cikgu dijual secara berleluasa. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang. Terima kasih juga kepada Raja sebab dia amat "observant" (perkataan SAT bagi 'pemerhatian yang amat tajam') dalam hal ini.

P/S: Kepada sesiapa yang tak tahu-menahu akan kisah yang pernah berlaku sebelum kisah diatas, bolehlah merujuk ke post "'IKAN CIKGU'?"

3 comments:

ct.mashitah said...

hahaha! aku agak ikan cikgu tu laku sbb ko dh promote kt post ko yang bertajuk 'ikan cikgu' tu... ;p

van der shraaf said...

>>mashi
betul juga katamu itu...sesungguhnya daya penaakulan kamu amat hebat

Juan said...

siot raja, bende camtuh pon bleh prasan jugak smbil mengeluarkan ayt2 skema yg mampu memecahkan perut org. wakakakak. DAULAT TUANKU
wakakaka