Wednesday, January 21, 2009

KELAPARAN YANG HEBAT


Tak berguna kalau menyesal sekarang. Duit kamu sudah hampir habis. Maksudnya, tak habis sampai habuk. Mungkin ada lagi banyak dalam dompetmu itu, tapi banyak juga yang hilang. Persetan.

Itu monolog diri yang sengaja dibesar-besarkan.

Sejak kebelakangan ini aku berasa seperti diserang penyakit. Berdasarkan simptom-simptom yang didiagnosis oleh diri sendiri, aku mendapati penyakit yang aku sekarang alami ialah penyakit "selalu-lapar". Penyakit ini telah dikesan sejak bermulanya keperluan makanan di muka bumi ini, maka tidak hairanlah ia menyerang kebanyakan manusia.

Dengar cerita penyakit ini berjangkit.

Jikalau begitu, aku berpendapat penyakit ini dibawa oleh seseorang yang aku kenal. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, identiti individu ini dirahsiakan. Cuma yang amat menghairankan ialah aku hanya berjumpa dengan manusia ini sekali sahaja (walaubagaimanapun ym dan sms sudah banyak barangkali). 

Yang membuatkan manusia ini suspek utama adalah pengakuannya yang mengatakan dia sudah selalu didatangi oleh simptom-simpton penyakit itu. Akan tetapi itu semua sudah terlambat. Sekarang ini aku amat risau dompet aku dan isi-isinya. Barangkali akan dihanggapi habuk-habuk jika tidak ditangani dengan segera.

Kepada diri aku : Makan banyak itu nafsu kah, atau lumrah kah? 

3 comments:

ct.mashitah said...

orang tu bukan aku arr.... bukan8!!! ;p

aku rasa nk mkn byk,itu lumrah.
ko rasa nk mkn byk, itu nafsu.

aisya said...

*senyap* :P

van der shraaf said...

>>mashi
tahniah la sbb anda diberitakan bahawa anda bukanlah manusia yang dimaksudkan dalam post ini....

>>aisya
ai..senyap je kak?