Friday, January 23, 2009

MAKANAN ZAMAN KECIL-KECIL


Teringat makanan zaman kanak-kanak dahulu. Walaupun makanan itu remeh-remeh belaka, sekurang-kurangnya ia mengingatkan kita bahawa kita pernah juga menjadi kanak-kanak, berkelakuan kanak-kanak dan makan seperti kanak-kanak. Antara makanan ringan yang aku pernah makan semasa zaman ke-tidak-matang-an itu adalah:

1. Sate ikan - semalam adalah kali pertama sejak darjah 6 aku dapat merasai rasa sate ikan. Ini bukannya sate ikan yang macam sate kajang tu. Ini adalah sate kajang yang biasa dijual di sekolah rendah. Sebenarnya sate ikan tu pun ialah keropok lekor yang dipotong kecil-kecil, ditusuk ke batang lidi dan dibakar. Dulu aku selalu beli semasa balik dari sekolah agama. Boleh kata laku juga sate ikan tu. Aku tak pasti sama ada benda itu dijual lagi ke tak sekarang ini di sekolah agama aku dulu.

inilah wafer Apollo yang aku maksudkan. sampai sekarang tak berubah kesedapannya.

2. Wafer Susu Apollo   - ni wafer yang sampai sekarang tak berubah bungkusannya dan kesedapannya. Aku tak berapa minat wafer yang macam ni tapi berperisa coklat. Bahkan aku rasa wafer susu 2 kali ganda sedap daripada yang wafer coklat. Sekarang ni wafer ni masih dijual di kedai-kedai. Aku boleh kata yang aku masih minat wafer ni walaupun dah besar dan agak matang sikit berbanding dulu.


Choclairs yang gila sedap!

3. Choclairs - aku pernah ketagihan benda ni masa sekolah rendah dulu. Penangan karamel yang menyaluti teras coklat membuatkan aku membelinya setiap kali perjalanan ke sekolah. Lebih teruja apabila Choclairs menambah satu lagi perisa iaitu perisa Hazelnut. Lebih-lebih lagi ada sahaja kedai di jalan yang aku guna untuk ke sekolah. Kalau tak ada kedai-kedai tu mungkin aku tak beli pun benda-benda remeh seperti ni.

aku paling suka perisa epal (sebab aku memang suka epal hijau)

4. Fruit Plus / Mint Plus -benda ni sebenarnya tak ada ketagihan pun. Tapi benda ini amat seronok dikunyah tatkala sebelum masuk ke kelas (dulu aku skema sikit ; aku tak makan di kelas). Pendek kata aku beli ni pun untuk habiskan duit.

Aku boleh makan banyak jenis 'jajan' kecuali dua : jeruk (sebab aku amat-amat-amat-amat tak suka bau dia) dan keropok yang ada elemen udang (aku alah kepada udang dan makanan laut lain , tapi kicap cap udang tak termasuk dalam kategori ini. ). Cuma aku taklah sampai fanatik habis makan benda-benda ni. Makan sekadar nak rasa saja. 

Kamu-orang pula bagaimana? 

7 comments:

ct.mashitah said...

mknn zaman kecik2 ak...
+aiskrim batang seposen tu
+gula2 rabbit
+keropok durian
+cloud 9
+sate ikan jarang2... sbb lambat. silap2 blh tertinggal bas kalo beli sate ikan.

a d a m™ said...

haha...sian giler raja...umor dah 19 baru 1st time jumpa sate ikan...ekekke

aku plak suka wafer appolo yg cokelat nyer...ketagih...sedar tak sedar dah licin...

keropok durian doksah tanya la...feveet aku sejak azali...skrg pon aku makan lagi...

FaRHaN SyAHiR said...

ak suke super ring...
haha...
wrne oren.,,,

sate ikan mmg dh jrg nk jmpe skang ekk,,

zafree said...

choki choki nngan sugus...

hehe

aisya said...

mammmeeeee? haha.

Juan said...

makan makan makan dan makan, makan lagi dan lagi dan lagi makan lagiiiii. MAKAN!!!!!!!!!!!!

kepalakotak said...

aku tak ingat r