Tuesday, January 20, 2009

MENGANTUK KE BANG?

Tidur merupakan subjek yang amat menarik bagi aku. Tidak hairanlah aku telah menulis 2 post mengenainya dalam tempoh 1 bulan.

Aku paling tak suka kalau aku berada dalam keadaan tidak sedar. Tidak bererti aku koma; definisi 'tidak sedar' itu adalah melakukan sesuatu tanpa ada motivasi langsung. Seperti sekarang. Aku tak kisah kalau aku tidur tak basah, makan tak kenyang, dan mandi tak basah, tapi kalau aku belajar tak masuk-masuk, itu lebih memeningkan kepala.

Paling teruk, Calculus. Maaf kerana terlalu jujur. Berasa mengantuk dalam kelas bukanlah petanda pensyarah tidak bagus kerana mereka semua bagus belaka. Tapi kadang-kala kita tidak dapat mengelak daripada 'melihat tapi tak nampak' (erti kata lain 'mengantuk'). Jadual mungkin padat, mungkin masa suntuk, mungkin badan letih.

Orang kata itu alasan; aku kata itu lumrah.

Sekarang ini aku sedang memikirkan bagaimana mahu keluar daripada kepompong kegelapan ini. Kalau tak memikirkan pun, aku masih memikirkan cara untuk memikirkan cara bagi menyelesaikan masalah itu. Bak kata budak-budak yang mengambil SAT, inilah 'effort'!

Ya, mungkin langkah yang pertama adalah: Menulis blog (.)

8 comments:

aisya said...

hihi. sbb 2 la kne tdo awl2. :P
kul 9.30 kee.. hahaa

van der shraaf said...

huhu...x gak...kan aku dah penah bgtau...kalo awal sgt pon over-sleep plak...

hisyam said...

"orang kata itu alasan, aku kata itu lumrah"

haha, aku senyum ader..geleng kepala pun ader.

nak nasihat mcm mane, klu diri yang menulis ni pun bnyk kali terlelap kat dlm klas.

a d a m™ said...

ko ok lagi la kalo tido...

kalo aku nak tido camner?

dah la aku nih class rep...

kene la jaga imej kelas...

terpaksa wat muka interested...

ekekeke

ct.mashitah said...

aku punya tempat paling strategik,iaitu kat blakang2.. insyaAllah lecturer tak prasan if aku tidur.
tp nak jaga imej kan, dh kat blakang satu line budak laki.
jatuh air muka. huhu ;p

kepalakotak said...

TIDUR TANGGA KEJAYAAN
-sebulan dah 2kali aku bubuh moto ni-

van der shraaf said...

>>hisyam
mmg mcm tu la ciptaan tuhan...x leh nak wat ape2...

>>adam
rilek ar..ko kan class rep yg cool

>>mashi
aku duduk blakang gak...tp exposure still besar sbb aku dok tgh2...patutnyer aku dok tepi skit

>>kepala_kotak
sesungguhnya nasihatmu itu amatlah berguna

HARYA said...

apsl ko tulis tdo xbasah?
haha..