Wednesday, December 31, 2008

PERJALANAN MENUJU 2009

Selamat menyabut tahun Masihi 2009.

Tahun lepas(yakni 31 dis) aku menemani Syazwan ke O.S.S.P dan kemudian kami ke Mid Valley (ya,sekali lagi). Dalam perjalanan yang amat meletihkan lagi membingungkan, dapat juga aku tangkap beberapa gambar walaupun terpaksa menebalkan muka yang sedia tebal.

SUBWAY


Pertama kali dalam sejarah melangkah kaki ke Subway. Maka apabila dua budak kampung masuk ke tempat sebegitu elit,maka akan terjadi salah faham. Maaf,kami budak baru mengambil cempedak luar pagar. Kami tak tahu pula boleh menggubah (customize) sandwic kami. Salah faham kedua pula menyebabkan kami makan 3 sandwic (yakni bersamaan 1 1/2 kaki sandwic).



WINDOWS XP DALAM ATM

Begitu genius orang itu. Apa tidaknya, mampu menggodam ATM sehingga dapat memaparkan Windows XP walhal ATM lain hanya bervisualisasikan MS-DOS. (Jangan anggap ini sebagai grafik; ia benar-benar ditangkap oleh penulis sendiri)


BAJU JERSI PASUKAN MALAYSIA

Kalau kita tidak mampu membeli sesuatu barang walhal kita begitu menginginkannya, apa yang boleh dibuat? Ya,tangkap gambar!

Sedang asyik menangkap gambar baju ni, tiba2 saja seorang akak menegur,"Maaf, tak boleh tangkap gambarlah...". Tak tahu pula. Kami tidak malu; kami cuma segan. Nasib baik akak tu tegur elok-elok. Jangan risau, Golok @ Padang Besar pasti ada stok yang lebih murah.

SKEMA WARNA

Gambar yang diambil secara suka-ria. Apa yang menarik ialah susunan baju yang mengikut skema warna yang teratur. Begitu artistik, atau apa yang PELAJAR-PELAJAR ADFP YANG MENGAMBIL S-A-T panggil sebagai "aestatic".

KASUT BABI?

Misi aku adalah untuk mencari kasut. Sedang menggelintar sekitar sebuah kedai kasut, ada suatu ketika aku berkenan dengan kasut ini. Nasib baik mata aku agak cekap. Terus menangkap perkataan yang tertera atas label.


PRETZEL

Pretzel ini adalah yang kedua dijamah oleh penulis setakat ini dalam hidupnya. Kali ini Caramel Almond, sedap dicelup dengan kuah caramel itu.

P/S:
[Nama aku ialah Ashraf, bukannya Asyraf,Ashraaf, atau Ashraff (acap boleh dimaafkan sebab nama samaran.) Terima kasih kpd seseorang itu yang memanggil aku dengan nama sebenar aku terutama dalam ym.]

5 comments:

ct.mashitah said...

ee.... nmmpk kesan2 gigitan. bluek2... hahha! ;p
weh kalo ko bli kasut tuh, tiap2 hari ko kne samak kaki ko. agagaa~
lg 1,siapa bilang aku kuat makan aka gmuk haa?!

p/s:name aku mashitah, bkn masyitah, bukan mashita, bukan masyita. (mashi boleh dimaafkan sbb nama samaran. bukan masyi ! )

alia said...

ak pon x tau ade windows xp kat atm.
haha.
trime kaseh krne bgtau :D

aisya said...

hehe. aisya pn first time mkn subway dgn bdak2 intec. :P

van der shraaf said...

mashi,
ko yg bilang sendri itu hal...ko kan mmg kuat mkn...

alia,
jap2...windows xp tu x berfungsi la sbnrnyer...dier jd display jer...atm tu pon x bleh pkai..

aisya,
bru first mkn gak ke..huhu

kepalakotak said...

acap
kat atas tu tgn ko
ade taik lalat seketul kat ibu jari kiri
hahaha

ape azam tahun ni?