Monday, January 26, 2009

PERJUMPAAN-SEMULA 5 RAZI


Dah lama tak jumpa bekas rakan kelas aku semasa tingkatan lima. 5 al-Razi. Kamilah satu-satunya kelas yang ber-aliran sains kejuruteraan waktu batch kami. Kamilah yang pertama, kamilah yang terakhir. Walaupun kami ada juga berjumpa selepas tamat SPM, tapi tak pernah lengkap satu set.

Tadi impian itu jadi kenyataan. Ada juga yang tak datang sebenarnya. Tapi sekurang-kurangnya ada juga title 'reunion' bagi perjumpaan kami kali ni. Berlangsung di Times Square pada hari yang sama bekas 5 al-Farabi buat 'reunion' juga. Cuma mereka di venue lain.

Aku ingat ada makan-makan saja. Tapi deeja (merangkap penganjur) ada rancangan lain. Dia mahu main di Cosmoworld. Aku awal-awal cakap aku tak nak main. Ye la, aku ni bukan lelaki sebenar agaknya. Sebenarnya aku tak suka meletakkan diri aku dalam ke-pening-an. Cuma yang hebatnya aku ialah aku tak pernah mabuk laut walaupun dah beberapa kali naik feri. Lepas ni akan kena juga agaknya sebab aku tak pernah naik kapal terbang lagi.

Budak-budak laki lain pun tak nak main benda alah itu. Mungkin mahal sangat. Jadi deeja dan beberapa budak perempuan lain teruskan rancangan mereka. Kami pula ambil inisiatif dengan bermain boling. Aku tak pandai pun main benda alah ni tapi oleh sebab main nak seronok, maka aku main saja lah. Jak-si-budak-akan-terbang-ke-Korea pula tak main, sebaliknya lebih suka berborak dengan *ehem* yang bukannya bekas kelas kami pun. Pemain2-boling-amatur main 1 game saja. 

Lepas main pemain boling menyertai kumpulan borak-borak (yakni Jak, *ehem* dan Rahmah) bertempat di restoran McDonald's. (Jangan salah anggap. Kami tak makan pun di situ. Kami sengaja melepak di suatu meja di restoran itu. Nasib baik tak ada orang halau. Elok juga supaya kurang sikit orang nak makan disitu sebab dah kurang tempat). Disitu kami berborak-borak secara kurang ilmiah sementara menunggu Deeja dan kumpulan dia habis bermain.

Oleh sebab Deeja & Co bermain agak lama, kami mengambil langkah berjaga-jaga yakni kami solat Zohor dulu. Lepas solat di surau yang amat "hebat", kami pun pergi ke gelanggang-makanan (food court) untuk bersantap. Waktu itu juga aku menunjukkan skil aku yang susah nak ditunjukkan yakni makan nasi goreng pattaya kurang dari 3 minit. (Aku masa tu terlalu lapar sehinggakan sebelum itu aku ada beli Twisties semata-mata nak alas perut). 

Habis makan kami mem-batak-kan diri menangkap gambar di elevator yang dah rosak berdekatan dengan gelanggang makanan itu.Lepas tu budak-budak perempuan balik terus, manakala budak-budak laki pegi Plaza Low Yatt atas ajakan Hasan. Cuma yang kurang seronoknya ialah banyak kedai tutup sebab raya cina (kami dah agak sebenarnya, tapi gatal-gatal nak pergi juga). Aku tak beli apa-apa pun disitu.

Kalau boleh kita berkumpullah lagi lepas ni. Lagi bagus kalau cukup satu set.


 pemain-pemain boling kebangsaan (Duduk, dari kiri: Jeff, Alif    Berdiri, dari kiri: Hasan,Adif,Nas,Aku,Amir,Nawal)


comelnya nas!


on da way for a strike!

nawal dan rahmah...

jak dan seorang budak INTEC yang juga ex-sambest tp bukan ex-5 razi

pemandangan di bahagian depan bas. walaupun aku kena diri lama (sebab ramai sangat dalam bas tu) tapi seronok ar sebab aku dapat tengok pemandangan full-view.

16 comments:

afiQFaiz said...

hmm,this is way too fun..hehe
reunion is always nice, especially when it's been soooo awhile after we had got separated..
and also a complete one, not a single person left unattended! XP

5 farabi & razi had done it..
i wonder when it'll be the 5 biruni's turn..
(don't think it'll be soon,since most of us have scattered around the world..huhu..)

van der shraaf said...

i always hope for a complete reunion...

so u wanna say biruni can't do it because all of them are too celever they scattered all around? that's pretty obvious...we are not as intelligent as you all are

aisya said...

haha. betul ke strike nih?

van der shraaf said...

of course la tak strike.....

aisya said...

hihi. eee. x terer.. :P

van der shraaf said...

haha...aku brape kali je main boling...

afiQFaiz said...

huh,u got me all wrong acap~~~ i'm not saying so..but if u take a look a lil,just a little.. most of us scattered around the world,but not prestigious one.. like u guys in razi..huhu.. ye la,mesir,jordan..pe la sgt,x hi-tech mcm US,Korea, Australia..huhu..

on top of that,kitorg ni x power pn main bowling cm ko..

see,now which side is more obvious of saying so??? hahaha

van der shraaf said...

you are so wrong at saying me good at playing bowling...that is only a gimmick la

ct.mashitah said...

asl korg sume nmpk mcm org besor?...

kepalakotak said...

asrap tetap kacak seperti dahulu
nas masih comel
adif sudah matang, sataraf dengan amir
nawal,jak, hasan, alip masih cool

jeff??

a.NdR said...

best "killer" la korg! haha.

tau la mse tuh, panat2 aku berkemas tuk knduri umh bru sek2. tetibe, abg aku(amir) mnghilangkn diri.. dsbbkn oleh "acara" nieh. xpelahh.ade alasan bkn? bgi jelaa.. hope enjoy and goodluck for the future plan.

ukhuwah fillah;

van der shraaf said...

>>mashi
kwn2 aku mmg nmpk mcm org besar skit...macho sgt kot

>>aifa
huhu...sorry ar..x leh nak wat ape2 la...hope u understand

Anonymous said...

weh,pape pn thanks la cap sbb wat gosip br psl ak,
to be hnest me n her were just friend
ha3
pape pn bgus la tls psl reunion nie
hope akn ad ag pd ms yang akn dtg..
mgkn lps blik krea
ha3
aja2 hwaiting,,

Anonymous said...

ko jak kne gsip xpe gak..
aku x dpt gi.. huhu.. sdey dowh
x dpt nk lgsai hutang kt bdak brtpk tgn di badan.. RM70++..

nas makin comel smnjak ade ehem2 kt matrik.. siap bwk g tgk wyg tuh..
camne aku ble tau nih??

habib said...

5 kindi..korg saba jap..kite wat grand punyer..reunion kat syurga nti..ok?

Anonymous said...

habibi... gmpk gler do!