Friday, January 2, 2009

POST DAN ANTE MORTEM : CUTI


Cuti sudah mahu tamat! Pada mulanya rasa macam bosan sangat cuti lama-lama,tapi bila dah nak habis cuti ni, rasa rindu pula. Apa-apa pun aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab sekurang-kurangnya kami dapat juga cuti lama berbanding dengan budak-budak lain (terutama Matrix- cuti semester 1 minggu jer).

Sebenarnya aku ada juga perancangan bagi cuti ini. Cuma aku tidaklah berharap sangat dengan pelan itu sebab aku dah faham sangat dengan diri aku ni; perancangan selalu berakhir dengan kegagalan. Tetapi tak disangka pula ada perancangan yang berjaya; malah ada juga yang diluar jangkaan. Berikut adalah senarai kejayaan dan kegagalan aku dalam cuti ini:

KEJAYAAN:

1. Dapatkan lesen P kereta walaupun sampai sekarang aku jarang guna. [Memang dirancang]
2. Dapatkan keputusan SAT kali kedua yang lebih kurang dengan yang pertama [Tidak disangka-sebab tak belajar sangat]
3. Habiskan permohonan universiti di Amerika Syarikat walaupun lambat sedikit daripada yang dirancang [Memang dirancang].
4. Berjaya dapatkan tempat dalam universiti (University of Maryland-College Park) sebelum berakhir cuti [Memang,memang,memang tak dijangka]
5. Berjaya cari lebih ramai kawan dalam Blogosphere ini [Memang dirancang-trimas kepada semua]
6. Kemaskini blog dengan kerap [Memang dirancang]
7. Belajar Adobe Photoshop,cuma sekarang ni tak berapa ingat [Memang dirancang]
8. Belajar Javascript,tapi tak pakar lagi; tahu sikit-sikit saja [Memang dirancang]
9. Belajar PHP dan aplikasinya bersama database (MySQL) [Tidak disangka - sebab target nak belajar Photoshop sahaja]
10. Berjalan-jalan dengan kerap [Tidak disangka- sebab ingatkan ramai kawan tak cuti,rupa-rupanya ramai juga]

KEGAGALAN:

1. Tak dapat habiskan buku Adobe Illustrator; sekerat sahaja,lepas itu pulang balik buku ke perpustakaan.
2. Tidak dapat tidur secara pukal - kali ini gagal sebab tengok bola atau layan internet sampai larut pagi.
3. Gagal menghabiskan dua buku yang dibeli di MPH - aku lebih suka baca majalah.
4. Gagal menaikkan berat badan - kegagalan yang paling besar sebab aku dah berusaha kuat (makan malam lepas tu terus tidur)


Secara jujurnya, aku tak suka berharap dan berazam sangat dengan diri aku. Kalau boleh aku nak "follow the flow" sahaja. Buat setakat yang aku mampu. Tak bermakna aku nak gagalkan diri aku. Cuma aku malas nak paksa diri sangat. Kata BUDAK-BUDAK YANG MENGAMBIL SAT, "Be who you are". Walaubagaimanapun aku ada juga benda yang aku harapkan menjelang datngnya semester baru ini:

HARAPAN:

1. Jadi Muslim yang lebih baik - merupakan harapan semua umat Islam- maka aku pun tak boleh melupakan harapan ini sampai bila-bila.
2. Menerbangkan diri ke Amerika Syarikat - merupakan harapan yang amat besar - tapi agak cuak juga sebab ekonomi sekarang tak menentu. Berdoa sahaja pada Ilalhi.
3. Tambahkan ilmu terutama dalam bidang IT - aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
4. Banyakkan main futsal di Cendana - semester lepas kelas selalu habis lambat - kalau tiada aral lintang nak main setiap hari.

Ada banyak lagi harapan yang aku nak kongsikan - tapi aku dah lupa.

Oleh sebab cuti mahu berakhir, maka aku tidak berasa optimis bahawa aku dapat kemaskini blog ini sekerap sebelum ini. (Anda semua kisah sangat ke kalau aku tak kemaskini pun?). Mungkin seminggu sekali sahaja. Tengoklah nanti macam mana.

6 comments:

ct.mashitah said...

ha?? be who you are? ade ke??? mcm xpnh dgr jek. ;p

weh siyes ko dpt dh maryland?!! giler taniah r!!! wow la ko ni! (aku kejelesan...)

taniah jugak dpt P. aku dari bln 12 last yr sangkut L. lantak r.. dh tak heran dgn L tu. sakit jntung aku jek. nnti ko jadik drebar aku! muahahahha

weh update jek blog. aku on9 aku komen laa... cuma aku on9 pn mcm smggu skali je kot. hehe..

van der shraaf said...

huhu...sbnrnyer kalo internet, aku dh x der masalah sgt..bleh je aku update blog tiap2 hari..tp ye ar,nnti nak blaja gak..x de la on9 jer memanjang

aisya said...

hihi. naikkan berat badan? :P
makan maggie x naek taw.
kne mkn burger. paling2 pn dua biji. okey? :P
tips ni. haha.
pstu jgn gerak2 sgt. duduk stu tmpat.
klau ley stiap mse maen comp. or tgk tv. atau tdo jek. atau makan la. atau gi tandas. atau smbhyg. yg laen jgn gerak. hahhaa.

tapi kalau nk berat muscle lak. kne la gerak bnyk2. pgi exrcise. hahaha. sbb berat lemak tak berat sgt. :P :P hahahaha.

van der shraaf said...

hehe...nnti kau try ar petua aisya tu..berkesan ke x...

hisyam said...

good to see that ur success is more than ur failures. As for me, its the other way around,haha

PrinCeSS said...

tahniah dah dpt tempat kat U..
p/s : banyak jugak kejayaan ye!slalu sblm cuti banyak je plan tapi x pernah menjadi pun..huhu