Saturday, February 7, 2009

BLOXORZ!


Akhirnya aku berjaya habiskan suatu permainan komputer bernama Bloxorz. Permainan ini bukanlah seperti Panggilan Tugas : Dunia Dalam Perang (Call of Duty: World at War) atau Pencuri Auto Hebat IV (Grand Theft Auto IV). Ia hanyalah game-berasaskan-flash. Boleh kata ini adalah permainan bagi mereka yang bukan-pemain-permainan-komputer (khususnya bagi mereka yang mempunyai kad grafik yang lemah atau lebih tepat lagi NVidia GeForce 7150M).

Aku rasa permainan ini amat seronok sebab mencabar minda. Lagi satu ia juga permainan yang amat bagus untuk membuang @ membazirkan masa tatkala kebosanan. Objektif permainan ini dalah untuk memasukkan blok ke dalam lubang. Pada mulanya aku difahamkan game ni ada 40 lebih tahap. Akan tetapi rupa-rupanya sampai tahap 33 sahaja. Sedar-sedar dah habis aku main game ni.

 Kedengaran seperti mudah. Tak mengapa,apa kata kamu-orang cuba dulu game ni di www.miniclip.com.

(aku mahu mohon maaf kepada seseorang itu kerana tak tunggu dia main dulu game ini. Katanya dia mahu mencuba game ini tatkala aku sudah sampai tahap 20 lebih. Akan tetapi aku tak boleh nak tunggu sebab game ini begitu menagihkan  [addictive]. )


6 comments:

aisya said...

taknak kwn. taknak kwn. taknak kwn. haha.

ct.mashitah said...

aku main ngn kucing ja..

van der shraaf said...

>>aisya
huhu...x nak kwn sudah...

>>mashi
x borink ke main ngan kucing je...

aisya said...

tak gne nye ashraf. hahahahaha.
blwek.!

van der shraaf said...

>>aisya
hihihi.......

Anonymous said...

weh.. kalo nvidia geforce 9100M G camne plak.. power x.. ape beze ek??