Monday, February 23, 2009

KOREA, DIA AKAN DATANG

Zakwan (tengah) sedang menikmati masa-masa bersama kawan lamanya di Rafi Bistro. Yang pasti ada seseorang yang memang merindui Zakwan lebih daripada kami. Siapa ya?

Zakwan Afif Bin Kamarudin yakni kawan-kelas-aku semasa 5 al-Razi dulu akan berlepas ke Korea. Tak silap aku pagi Khamis. Cuma aku rasa kecewa sedikit sebab tak dapat jenguk dia sebelum keberangkatan dia ke sana. Kami ada exam pagi Khamis itu (Speech Communication). Dahulu pun sama. Hanya ada beberapa orang kawan Sambest aku sahaja yang dapat diring (Azim Azmi, Kepala Kotak a.k.a Amin, Zhafran, Afiq Faiz, dan sesiapa lagi yang aku terlepas). Yang lain aku memang tak dapat datang.

Walaubagaimanapun kalau kami-kami yang kawan mereka ni datang pastinya akan mengundang seribu kesedihan. Bak kata Amin a.k.a Kepala Kotak "Buat ape korang datang...buat sedih jer...". Tapi tak kisahlah. Rasa berjumpa kawan-kawan kita sebaik sebelum berlepas amatlah berlainan dengan berjumpa di Rafi Bistro (Kami ada berjumpa dengan Zakwan minggu lepas; Ada gambar kami dalam event itu disiarkan dalam Muka-Buku (Facebook).)

Yang pastinya Zakwan pasti berasa amat seronok kerana khabarnya gadis-gadis disana amatlah comel belaka. Aku tak tahulah kalau lelaki lain, tapi bagi aku, Korea memang syurga sedikit daripada Malaysia. Yup, cuma bukan sebab perempuan comel itu, tetapi sebab Internet jalur lebar mereka adalah antara yaang terbaik didunia.

Apa-apa pun, Zakwan diharapkan dapat belajar dengan amat sempurna disebalik godaan gadis-gadis comel. Walaupun kami tak dapat hadir ke KLIA nanti, harapnya Zakwan dapat ingat kami sampai bila-bila. Yalah, mana tahu, bila kami terjumpa kelak, tiba-tiba sahaja dia bercakap Korea,dan lupa segala Bahasa Melayu. Takut juga.

Akhir kata dari aku, Chaiyok!

3 comments:

Faizal said...

bagus untuk kawan kamu

kepalakotak said...

wah!
aku ade ckp macam tu ke?
hahaha

PrinCeSS said...

oh dtg korea ke..:)
p/s : pompuan kat cni comel2 tapi ramainya plastik..hehe