Thursday, February 12, 2009

MENANDA LAGI

Dah lama nak menunaikan permintaan kawan-kawan lain untuk membuat tanda-menanda. Jadi kali ni nak buat 'tagging' oleh Afiq Master yang sekarang ini hidup di Mesir.

[1] Who was your last text from?
Adik aku yang bernama Hishamuddin (adik aku memang ada seorang sahaja) sebab mahu meminta sedikit kredit daripada abangnya.
[2] Where was your default pic taken?
Diambil dalam konteks ini adalah mengambil gambar bukannya menangkap gambar. Aku mengambil gambar epal-hijau-yang-lebih-popular-daripada-aku daripada komputer cyber cafe tempat aku bekerja suatu masa dahulu

[3]Your relationship status?
Masih bujang tetapi kemasih-tidak-punyaan (availability) masih lagi samar. Mungkin sudah berpunya.

[4] Have you ever lost a close friend?
Tak pernah. Tapi pernah hilang hubungan (lost contact) sebab kawan-kawan sekolah lama sudah bersepah di seluruh seantero dunia.

[5] What is your current mood?
Teramat seronok kerana esok kami ketiadaan kelas.

[6] What's your brother's name?
Kalau adik-yang-kecil-sedikit (younger brother), ada. Nama dia Hishamuddin. Seorang genius yang malas belajar,lantas markah dia dalam subjek boleh dikatakan rendah walaupun abang dia mengakui dia lebih hebat daripada abangnya.

[7 ] What's your favorite color(s)?
Biru laut dan oren. Biru laut bagi mewujudkan ketenangan, manakala oren pula menimbulkan semangat dan keceriaan.


[8] Where do you wish you were right now?
Ada banyak, antaranya:
-terbang ke Amerika Syarikat dengan jayanya.
-dapat kerja yang aku idamkan (pengaturcara web)
-dapat kahwin dengan perempuan yang memenuhi syarat
-gaji yang cukup untuk menyenangkan hidup aku dan keluarga aku kelak
-paling utama, nak jadi seorang Muslim yang selalu berubah ke arah kebenaran

[9] Have a crazy side?
Sudah tentu, terutama sekali kalau diri menjadi bosan dan ketiadaan kerja

[10] Ever had a near death experience?
So far tak pernah dan berharap takkan kena lepas ni.

[11] Something you do a lot?
Selalu membuang masa dan mengelamun tentang nasib diri yang tidak seberapa hebat.

[12] Angry at anyone?
Pernah. Tapi kebanyakan masa marah itu dipendam sahaja. Cuma jika dilepaskan, akan bergegar dunia (cuba tanya ex-sambest yang batch aku dulu)

[13] What's stopping you from going to the person you like?
Kemaluan yang hebat (kemaluan - kata terbitan yang diambil daripada kata dasar 'malu'. Bukan merujuk kepada sesuatu benda tetapi lebih kepada perasaan malu itu sendiri. Harap maklum)

[14]When was the last time you cried?
Rahsia. Tapi memang pernah ada menangis, yang pastinya.

[15] Is there anyone you would do anything for?
Keluarga aku. Prioriti yang teratas dalam hierarki itu yang selepas itu diikuti dengan pasangan (yang sah) aku.

[16] What do you think about when you are falling asleep?
Tentang seseorang dan tentang diri sendiri. 

[17] Who was the last person you talked to on the phone?
Raja Alauddin pada waktu ketika mahu menjemput aku mengeteh (minum2) di Restoran Dawood yang terkenal itu.

[18] What are your favorite songs?
Sekarang ni sedang melayan lagu 'You and I Both' daripada Jason Mraz walaupun lagu itu sudah agak lama di pasaran.

[19] What are you doing right now?
(Bukankah aku sedang mengemaskini blog aku?)

[20] Who do you trust right now?
Keluarga aku dan kawan-kawan yang rapat dengan aku.

[21] Where did you get the shirt you are wearing?
Mak kepada baby yang mak aku jaga. Sudah lama digunakan. Lusuh yang pasti.

[22] Have you kissed someone in the past week?
Tak ada.

[23] What is your lucky number?
23 agaknya (walaupun kepercayaan orang cina kata nombor ini bawa malang). Sebab aku lahir pada 23hb Sept. Dan dulu aku agak minat juga nombor 2 walaupun tidak diketahui sebabnya.

[24] Who are your friends that are closest to you?
Ramai sehingga sukar untuk disenaraikan

[25] Describe your life in one word.
Dinamik

[26] Who are you thinking of right now?
Malulah aku nak bagitahu kamu-orang

[27] What should you be doing right now?
Patut berseronok-seronok sebab esok tiada kelas

[28]If you could wish for something over a birthday cake right now what would it be.
Semoga berjaya!

[29] What are you listening to?
Lagu-lagu yang datang daripada laptop aku dan terdengar juga tempias-tempias lagu yang diputarkan oleh kawan sebilik yang lain

[30] Who was the last person who gave you a hug?
Tak ingat atau sengaja buat lupa.

[31] Who was the last person who yelled at you?
Kalau tak silap masa lawan futsal 3 on 3 (sebab main kasar sangat agaknya).

[32] Do you act differently around the person you like?
Rasanya ya. Mungkin sebab dia istimewa sikit.

[33] What is your natural hair color?
*No comment*

[34] Who was the last person to make you laugh?
Raja dan Zafree semasa sedang mengeteh di Dawood's.

[35] Who will be tagged by u?
Secara jujurnya aku membiarkan sesiapa yang mahu buat maka buatlah. Malas nak restrict on several persons only. 

Sekian, timer kaceh!

6 comments:

ct.mashitah said...

ko blh la have fun... ko x de tourism convention pn isnin ni. ;p

kepalakotak said...

asrap
aku masih ingat warna asal rambutmu hitam

afiQFaiz said...

asrop.. kenapa kamu ketiadaan komentar untuk warna rambut???
ada juga kebenaran akan kegegaran dunia..hehe

Tukang Gelak said...

[13] What's stopping you from going to the person you like?
Kemaluan yang hebat

seriously lawak

hisyam said...

Kemaluan yg hebat, that seriously cracked me up. Haha, nice one.

hizamy RS said...

[33] What is your natural hair color?
*No comment*
?????
i also got no comment
hehehe =P