Friday, February 13, 2009

PEREMPUAN GOSIP


Pertama kali aku terdengar cerita 'Gossip Girl' semester lepas, aku dah boleh agak ianya suatu madah untuk perempuan-perempuan bagi mengasah ke-gedik-an mereka. Lantas aku bersikap agak skeptikal dengan cerita itu, walaupun khabarnya ia meraih jutaan tontonan.

Kali ini aku tak boleh bermain-main lagi sebab aku dah menemui 'perempuan gosip' yang sebenar.

INTEC sedang dilanda ribut gosip yang dihebatkan lagi dengan hujanan blog-blog yang berselerakan di Internet. Dan aku salah seorang mangsanya. Malaslah aku nyatakan disini;sekadar ingin menjelaskan bahawa cerita-cerita pasal aku tentang itu dan ini adalah tak benar, dan boleh diklasifikasikan sebagai 'fiksyen INTEC'. [Istilah baru yang boleh diletakkan dalam Kamus Dewan, atau paling kurang pun Wikipedia]

Senang-senang nanti bila aku nak kahwin, aku akan bagi tahu dekat kamu-orang. Walaupun memang lama lagi. Sabar, ya!

1 comment:

ct.mashitah said...

aku x bsala... =((
syahir yg sebut...........
pstu aku mggadaikn name aku nk mnutup2 gosip tu...
pstu tibe2 niro dtg dgn khabar baru..
aku pn buat2 surprised sbb nk mnutup gosip awl2 tu......... =(((