Thursday, February 26, 2009

SAYA TAKUT AIR-COND


Pagi tadi aku masuk ke dalam bas, macam biasa. Cuma kesejukan sebab air-cond yang teramat kuat darjah kebekuannya, sesuatu yang tidak biasa. Lebih-lebih pagi ini hujan rintik-rintik, udaranya pun segar sahaja tapi masih sejuk. Tingkap bas berkabus yang teramat. Nasib aku baik kerana baju sejuk dibawa sekali. Sedang memeluk diri yang kesejukan, aku teringat suatu perkara.

Aku pernah takut air-cond.

Itu dulu. Semasa awal-awal masuk INTEC, aku memang tak boleh tahan kesejukan yang disajikan oleh air-cond. Kalau dah bergelumang dalam udara air-cond dan seterusnya keluar ke tempat yang lebih panas, maka akan berlaku 'kejutan budaya'. Tak lama kemudian, badan pun berasa tak sihat sebab demam.

Dulu memang aku amat jarang masuk tempat ber-air cond. Rumah memang tak ada air-cond. Masa sekolah Sambest dulu memanglah ada bilik yang berair-cond. Tapi ketakutan itu memang ada. Kalau nak masuk bilik berair-cond, aku berdoa sahaja agar tak diserang demam lepas itu. Pada akhirnya, doa tu tak makbul pun. (Aku tetap diserang demam; kalau nak lagi teruk, terkena selsema pula.)

Selepas masuk ke INTEC buat beberapa tempoh yang lama, aku akhirnya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Buat aku ini pun sudah boleh dikira suatu pencapaian (walaupun kamu-orang pasti berkata ianya 'pencapaian yang mengarut' atau 'do i care?'). Agak penting juga sebab di negara-luar kelak aku mesti berhadapan dengan 'kesejukan-yang-melampau'. Lebih gempak daripada di Malaysia. Bak kata budak-budak yang mengambil SAT, "It's like a piece of cake".

Apa lagi yang aku takutkan, ya?

12 comments:

ct.mashitah said...

ko ni mmg bdarah pns btol laa....

aisya said...

hihihihi.
tu la ashraf. x cukup lemak. :P
xdk bnde yg nk serap heat2 ni.
:P mkn la bnyk. gmok kn diri.
msti x ksjukan. hahahaha.

van der shraaf said...

>>mashi
aku ni mmg org melayu tulen kot..tu la x thn sejuk

>>aisya
hmm...sbnrnyer aku dh try byk kali nk gemok skit...tp so far fail lg ar

ct.mashitah said...

bkn ko kate ko jawa ke? mak ko punye nenek kan?? huhu

Zafree said...

xpe acap

at least ko mencapai satu kemajuan

berusahalah demi kegeniusan dan raja2
(kedengaran "kutuk aa" dari jauh)

haha

van der shraaf said...

>>mashi
jawa tu kire org melayu jgk la kan...

>>zafree
haha..thanx..ade jgk rupenyer org yg hargai kejayaan aku..*terharu*

ct.mashitah said...

hurm... melayu tu subjektif. ;p
ko melayu-jawa-melayu yg geniusss... mesti buleh adapt terhadap kultur shock. eh. budaya shock.. ngokngek jek..

Zafree said...

ko elok2 sikit acap jgn tergoda

haha

ct.mashitah said...

zafree dh start mlepaskn 'charm'nye kt sini.

Ahmad Azizi Jamaludin said...

????
acap,klu nk gemuk,makan nasi byk...
lauk biar sikit
klu nk kurus,make it d opposite way..(utk mashi klu die nk..)

Din.. said...

takut kpd aircond?? memerlukan perlindungan di setiap sudut???
DAPATKAN MINYAK URUT CAP KEPALAMUITUBERBAU.........
dijual dikedai2 berhampiran,
cpat!! promosi sedang berlangsung di kedai Pak Mat...


Dikeluarkan oleh Harun Automotif Sdn.Bhd

MindHeartBodySoul said...

Teringat aku dulu2, express bas. Kita ada option 1) Air-Conditioned 2) Tarak Air-cond.


Bas yg ada air-cond mahal sikit.
Sapa yg alergic air-cond, rasa pening nak muntah masuk air-cond, buleh opt for tarak air-cond punya.

Sikalang mana ada gitu. Suma 100% air-conditioned express bus. Jaman dah berubah,.. jarang ada org yg tak penah tak boleh kena air-cond.