Wednesday, February 18, 2009

SELONGKAR KAD MEMORI AKU


Aku suka mengambil gambar daripada ditangkap gambar. Dan selalunya jugalah gambar-gambar yang diambil itu menjadi pekasam, atau paling tidak pun menjadi jeruk, terperam dalam kad memori. Kini tiba masa untuk mendedahkan gambar-gambar pekasam itu!

[Gambar 1] Nasi lemak tidak lengkap. Ia dijamah oleh Syazwi sewaktu dia dan kami makan sarapan pada suatu hari Sabtu. Mengapa tidak lengkap? Kerana ketiadaan sambal. 

[Gambar 2] Percubaan penulis untuk menjadi sedikit artistik walaupun menggunakan kamera telefon bimbit yang tidak seberapa. Begitu miskin penulis itu!

[Gambar 3] Penulis cuba membawa mesej kemanusiaan kepada dunia. (Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud "Jangan bermain permainan"; tertera pada baju t-shirtnya)
[Gambar 4] Syazwi menjadi hero kelas Denver apabila berjaya menjadi orang pertama sampai di kelas walaupun jam menunjukkan pukul 7.45 pagi (yakni 15 minit sebelum kelas bermula)
[Gambar 5] Siapa ni??
[Gambar 6] Syazwi menjadi pakar-pemakai-tudung-kelas-Denver!
[Gambar 7] Gambar tangan penulis setelah terkena peluru bola-cat (paintball). Pada mulanya darah mengalir amat hebat, tetapi kebah dengan cepatnya.
[Gambar 8] Gambar diambil berdekatan dengan Dawood's. (Agak seram untuk menyatakan maksud gambar ini. Penulis sengaja membiarkan para pembaca menilai sendiri)

8 comments:

ct.mashitah said...

banyak2 gamba ko, gamba aku 1 pn xdak..... sodeh gle. ;p

Anonymous said...

waa!! benjamin button...
BRAD PITT!!

aisya said...

gle la korg. klh klas aisya. 7.45 pling awl. haha.
pling lmbt? aisya cnfrm klas korg xley klhkn klas aisya. hihi..

ct.mashitah said...

aisya, HELLOOOOO.... ini la die, kate2 org yg dtg 'awal'.. aisya2...
org 7.15 dh smpi la aisya oiii.....

aisya said...

hihihi. :P ye la mashi. paling awl. klas kte mng. haahaha.
paling lmbt. klas kte mng jgak.

tpi kte nye paling lmbt dh jdi paling awl skrg. hahaha.

hihihi. :P

ct.mashitah said...

tbersin2 si sadiq tuh. huhu~
die dtg awl baru 2kali.
nk pnentu,kne tggu slase ni.
klas pn ainon. huhu

Syazwi said...

biar mcm mne pun korang bergaduh, aku tetap yg terawal dlm kelas aku! huhu. lalala~

Zafree said...

sape la yang pakai tudung tu...