Sunday, March 1, 2009

ETYMOLOGY ADFP


Sekali lagi, gambar hiasan semata-mata, walaupun ada kaitannya dengan artikel yang ditulis.

Aku sebenarnya amat berminat juga bidang "etymology", bidang yang mengkaji asal sesuatu perkataan. Sebab itulah pada permulaan, aku membuat serba sedikit kajian tentang glosari budak-budak ADFP. Sekurang-kurangnya aku sudah mempraktikkan bidang ni. Ayuh kita bermula.

"Genius!"
-Menurut sumber, perkataan ini bermula daripada kelas Eugene semester Fall 2008. Kisah bermula apabila seorang pelajar (mungkin penulis) menggunakan perkataan 'genius' untuk meng-cover perkataan 'bias' dalam sesuatu subjek. Sejak itu kelas Eugene mengajuk perkataan itu. Lama- kelamaan, ia diaplikasikan dalam kehidupan terutama sekali apa bekas pelajar kelas Eugene itu bertemu dengan satu sama lain.

"Kutok aaa"
-Asal perkataan ini masih kabur kerana tiada kajian arkeologi menemui serpihan artifak yang mengandungi perkataan tersebut. Namun menurut mitos ADFP, ianya bermula daripada seorang hamba Allah (namanya terpaksa dirahsiakan atas masalah teknikal) menyebut-nyebut perkataan ini. Raja Sabak Bernam yang bernama Raja Alauddin kemudiannya menggunakan istilah ini sebagai bahasa istana baginda. Disebabkan pengaruh Raja Sabak Bernam yang amat kuat, perkataan ini digunakan meluasnya dalam perbincangan harian budak-budak ADFP terutama sekali kelas Denver.

"Mengedog"
-Untuk menjelaskan lagi perkataan ini, ia boleh dipecahkan kepada 2 bahagian : bahagian imbuhan dan bahagian kata dasar. "Menge" ialah imbuhan dan "dog" ialah kata dasar yang mendasari perkataan ini. Jelasnya, "Dog" itu bukanlah bahasa Melayu, sebaliknya bahasa Inggeris yang bermaksud 'anjing'. Perkataan ini sebenarnya diambil daripada "meng-anjing" yang bermaksud 'mengutuk orang secara sinis dan halus'. Cuma ia telah dimodenkan agar menepati kemahuan budak-budak ADFP yang selalu sahaja berkata-kata dalam bahasa Inggeris.

Itu sahaja yang aku dapat kaji-kan buat masa ini. Kalau ada apa-apa istilah yang meragukan anda, jangan malu-malu untuk berjumpa dengan penulis.

6 comments:

qibi said...

lawak gler doh!
hahaha..
eh raja eugene eh last year.
xtau plak aku.

z said...

aha.
uniknya bahasa dak2 ADFP nie ya..hehe
org yg "mengentpret"=kamu unik gak ka?

aisya said...

eh. ade ke mengedog? x pnah dgr. huhu

ct.mashitah said...

acap, GEDIX acap?? heheee.. ;p

faux fay said...

hahahahahahahaha...
lawak gla..
ak pown x pnah dgr mengedog 2..

Syazwi said...

eyh
ko lupe satu ah
bahasa yang berasal daripada zodiak lembu
hahahahaha
aku xnk kasi tau kat sni
add ye nnti
aku tunggu
kah kah kah XP