Tuesday, March 3, 2009

PINTU KECEWA

Penulis teramat suka menaiki bas. Walaupun kadar ketepatan waktu bas amat diragui, bas masih lagi menjadi pilihan penulis, berbanding kereta dan lori. Tidak kiralah bas KL Cepat, atau bas UiTM. Sebab utamanya adalah masa menaiki bas merupakan masa terbaik untuk melepaskan lelah terutama apabila berakhir kelas. Yang keduanya, penulis berasa seronok melihat gelagat penumpang-penumpang.

Kali ini, penulis menemui tarikan ketiga.

Semalam hari, penulis terserempak dengan suatu pintu ajaib tatkala menaiki bas INTEC. Dahulunya dipanggil 'Pintu Kecemasan', akan tetapi secara tiba-tiba bertukar kepada 'Pintu Kecewa'. Anda mungkin tidak percaya, tetapi hakikatnya penulis punya gambar untuk membuktikannya.
Gambaran 'Pintu Kecewa' dari dekat.
'Pintu Kecewa' pada awal-awal aku menemuinya.
'Pintu Kecewa' yang ditemui hari ini

Hari ini pula, penulis menaiki bas sekali lagi. Terkejutnya, penulis berjumpa lagi dengan 'Pintu Kecewa' itu. Pagi-pagi lagi penulis sudah berfikir-fikir akan apa sebenarnya yang terjadi. Mengapa penulis bertemu dengan pintu itu dua hari berturut-turut? Ada tiga kemungkinan yang boleh dikaji:

1. Bas yang dinaiki penulis pada hari semalam dan hari ni adalah sama. (Tahap rasional yang boleh diterima akal kerana bas INTEC sedikit sahaja.)

2. Semua bas-bas seluruh Malaya dikehendaki menukar nama 'Pintu Kecemasan' kepada 'Pintu Kecewa'. (Tahap rasional yang kurang dimasuki akal. Perlu merujuk kepada Perlembagaan Malaysia terlebih dahulu)

3. Ia adalah tanda-tanda penulis sedang berasa kecewa (Amat khurafat kenyataan ini)

Walau apa pun yang terjadi kepada 'Pintu Kecewa' itu, penulis berasa bertanggungjawab untuk menasihati para pembaca bahawa sesungguhnya 'Jangan gunakan pintu itu hanya kerana anda kecewa'. Tidak mengapa jikalau ianya digunakan semasa bas sedang berhenti. Jikalau tidak, buruk padahnya (Penulis benar-benar memaksudkannya. Memang ada kes orang terjatuh dari bas melalui pintu itu. Serius.) Itu sahaja yang penulis mahu merepekkan.

10 comments:

alia said...

sy behrp dpt jmpe gak pintu kecewa..
hahah.
nak tgk dgn mate kepale seniri..
sbb mcm sgt interesting.,

ct.mashitah said...

pintu kecewa tu poyo.
die nk attention,nak publicity smate2, sbb tu die paparkn 'pintu kecewa'.
tgk, mission accomplished.
pintu kecewa tu berjaye kuar kt blog org.

kepalakotak said...

teliti betul dia tukar kecemasan jadi kecewa. aku rasa pemandu bas tu yg buat. penumpang lain mana ada cukup masa.

van der shraaf said...

>>alia
jangan dowh..bahaya pintu itu

>>mashi
agak berjaya juga pintu itu...memang hebat

>>kepalakotak
hmm..ada kemungkinan juga...boleh dijadikan teori

aisya said...

hihi. aisya lum jmp lgi pntu kcewa. hahaha. tpi myn dh tnjuk. a few days ago. cool gle pntu tu. boley la msuk ble2 dpt result yg cm x bes. hahaha.

van der shraaf said...

>>aisya
hmm..bole je gune..tp as i said, jgn gune mase bas berjalan..bahaya sgt

Ahmad Azizi Jamaludin said...

da penah jmpa da....
hehe..

afiQFaiz said...

wah.. ini satu kejadian pelik yg sentiase dicari2... ak nk phenomenan ni..huhu..

acap, kt sni bas sume laju2 tau..hehe..
n mmg mengutamakn penumpang.. selg bas mampu berjalan, selg itu r penumpang akn disumbat2.. huhu

van der shraaf said...

>>azizi
huhu...penah jumpe ek..bgos2...

>>afiq
huhu...amat hebat rupenyer pemandu bas di mesir...

matadore said...

LOL X)~

nice one!