Friday, March 6, 2009

TABIAT YANG MENGKANAK-KANAKKAN KITA

Penulis tak pasti jika gambar diatas adalah hiasan semata-mata


Bila sudah meningkat dewasa ini, kita menganggap diri kita sudah matang, mungkin lebih sedikit daripada zaman kanak-kanak dahulu. Ada yang sudah menghitung hari untuk kahwin (walaupun hari itu mungkin dikira dalam gandaan ratus) , malah ada juga bermimpi-mimpi untuk mendapat anak. Walaubagaimanapun, masih lagi ada persamaan antara kita di zaman kini dengan zaman kanak-kanak. Kita tak sedarinya, tetapi penulis menyedarinya. Salah satu persamaan terbesar ialah tabiat bermain-main di dalam kelas.

Masa zaman kecil-kecil dahulu, menurut pengalaman penulis, ialah zaman bermain-main. Semasa sekolah, main; Semasa cuti; main juga. 24 jam main. Dahulu, kelas menjadi medan permainan seperti:

1. Bola Sepak. Nama sahaja bola sepak, akan tetapi bola itu digantikan dengan bahan terpakai seperti botol (owh, sebenarnya itu sahaja yang penulis gunakan). Amat seronok bermain botol sepak. Golnya pula terdiri daripada pintu. Selalunya baju sekolah penulis akan menjadi amat basah dengan peluh2 kelelakian dan dengan selambanya penulis belajar dengan baju yang lencun itu.

2. Baling-Baling: Penulis amat mengingati bilamasa penulis memotong kecil-kecil pemadam yang tak digunakan dan kemudiannya menjadikannya sebagai senjata. Kecil-kecil mahu berperang. Kami membaling-baling pemadam itu dengan sukaria tatkala ustazah (masa itu sekolah agama) tiada dalam kelas. Apabila ustzah masuk, terus kena marah. Padan muka penulis!

3. Ceper Botol : Penulis tak tahu nama sebenar permainan ini, tetapi zaman kecil-kecil dahulu ia dipanggil 'Tutup Oren'. Tak tahu mengapa. Dengan berbekalkan lima ceper (penutup botol kaca, yang hanya boleh dibuka menggunakan pembuka botol), penulis berusaha untuk menimang dan menjentik-jentik ceper itu. (Susah untuk explain cara permainannya). Selalunya penulis dapat tempat terakhir. Loser, sampai sekarang.

Setelah kita semua membesar, kita secara tidak sedar sebenarnya telah mewarisi tabiat ini. Cuma caranya berlainan sedikit. Mungkin 'matang' sikit, akan tetapi masih lagi dikira sebagai 'permainan dalam kelas'. Antaranya:

1. Kiub Rubik : (Penulis tak mahu mengutuk permainan ini. Jikalau tidak, blog ini sudah pasti akan dipulau atlet-atlet permainan ini). Cuma boleh diberitahu bahawa ia selalu dimainkan dalam kelas.

2. Permainan komputer : Selalu dimainkan kalau laptop dibawa ke kelas. Itu pun kalau rajin.

3. PSP / Nintendo DS : Salah seorang pelajar Denver mempunyai kedua-duanya (nama dirahsiakan sebab tak mahu individu itu kembang hidung). Jika pelajar itu membawa benda alah itu ke kelas, biasanya ia akan dipinjamkan kepada pelajar lain, termasuk penulis sendiri.

Jadi, janganlah mendabik dada dengan menganggap diri sudah amat matang. Bak kata National Geographic Channel, "Think Again".

13 comments:

aisya said...

aisya ske baling2 pmadam.. aisya ske baling2 pmadam.. :D

hehe. kt klas ni aisya pnah maen baling2 kertas lak. xD ashraf nk maen dgn aisya? hihihi.

van der shraaf said...

huhu..same la kite ek..men baling2 pemadam mase skola dulu..

jom la maen same2...mcm best je..haha

aisya said...

hihihi. klau trkntoi maen krtas.. slh ashraf taw.. :P

van der shraaf said...

aik..nape aku plak...aisya yg ajak, kan?

ct.mashitah said...

maen apenyer... aku dlm klas xmen2 pn. mksdnye aku suda mmpunyai anjakan paradigma?? ;p

aisya, kte nk pistol air la dlm klas. nk tembak streeeet kt dpn kite tu. buleyh? ;p

aisya said...

hihi. tpi salah ashraf sbb join. hahaha. :P

hahahhaha. mashi jahattt.. ashraf.. tgkk.. mashi nk tmbak aisya.. hahahahhaa.
*gdik gle.* hahahahahahhahahaha!

van der shraaf said...

huhu..mashi mmg nk kene ni...aisya jgn risau...aku fire dier balik..haha

ryhaann said...

peluh2 kelelakian?

geli siot!!

onetwenty said...

aii...mesra nampak...

it's SPRING SEASON...

where the flowers are blooming...

ct.mashitah said...

acap, ko fire, aku air. kalah r kooo.....

dh2 r aisya, acap xleh lwn kite laa... x ckup kuat. suro la adam plakk. ;p

Zafree said...

dlu dak2 klas aku ajak men wrestling...mmg giler kental aa

kekadang men bola guner syiling, pembaris ngan pen...

men digimon ke...

kebanyakan permainan sekarang tuh aku men...kecuali no 2

aku x genius~

haha

lily_lolypop said...

sume games mse kecik2 ko ckp,
ak pnh maen...
o0hohho0o
even though ak girl,
ak men sume game laki men when i'm kids..=))

Stabilo Soleh said...

atok atok...
matanglah sketttt....

=p