Monday, March 23, 2009

TEORI LAWAK BERKEASINGAN

Seperti juga si kepalakotak yang telah mengutarakan sesuatu teori, penulis juga berasakan seaka-akan ada juga teori yang boleh dibentangkan. Teori ini dinamakan "Teori Lawak Berkeasingan".

Teori ini berdasarkan pemerhatian bahawa dalam sesetangah perbualan atau sosialisasi, akan ada seseorang yang akan mahu menarik perhatian akan tetapi tidak pula difahami oleh orang lain. Hal ini lebih ketara apabila seseorang daripada kelompok manusia yang berbeza bergaul dengan orang yang juga datangnya daripada kelompok berbeza.

Contohnya, seseorang daripada kelas Denver mengetahui akan quote yang terkenal yakni "Ape jerrrrr". Maka bagi kelas itu, pepatah itu menjadi sesuatu yang melucukan kerana mereka mengetahuinya. Akan tetapi apabile individu itu datang kepada pelajar kelas lain yang tidak tahu-manahu tentang kelawakan itu, maka sudah tentu ia tidak akan menjadi lawak.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan persekitaran dan latar belakang. Sesuatu kelompok itu akan membuat suatu budaya dan kelaziman yang tentunya berbeza dengan kelompok lain. Jadi tidak hairanlah kadang-kala lawak yang dibuat seseorang tidak menjadi : kerana orang lain tidak memahaminya.

Walaubagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa pengecualian, yakni:

1. Lawak itu boleh menjadi lawak jika ianya berkaitan dengan persekitaran yang umum, yang diketahui oleh ramai. Contohnya, orang akan tergelak apabila orang lain berceloteh "Lu pikir la sendiri.." (Lawakkah itu?)

2. Orang yang mendengar lawak yang tak menjadi itu hanya gelak untuk menyedapkan hati irang yang menyampaikan lawak. Hal ini lebih kerap berlaku tatkala di awal perkenalan sesuatu kelompok yang baru.

P/S : Sebenarnya teori ini hanyalah untuk memeriahkan post kali ini. Hal ini kerana gambar-gambar yang dipersembahkan dibawah hanya boleh difahami oleh golongan tertentu. Harap maklum.


?

??
???
?????????

Itu sahaja.

6 comments:

a d a m™ said...

adam kate =
"
raje jatuh cinta? huh? raje ad prasaan ke? " (nada serius)

raje balas =
"
why or why not? why yes? " (nada cynical)

acap nyampuk =
" raje x kacak cm sarah " (nada sungguh)

sarah kate =
" ape jer.." (nada riang)*NO OFFENCE!

esyad kate =
" cite la lagi mega! " (nada iklan astrrro)

khai*ri kate =
"
kut*rok aa.. " (nada silent 'r')

sawi kate =
" cout(dibunyikan see out) korang " (nada c++)

*di'edit' oleh raje
*no offence!
*sbrang x puas hati sle ckap

~sARa_kACaK~ said...

ape jekkkkk!!!knape ade istila 2?knape??why?why??why???

~sARa_kACaK~ said...

jap..raja jtuh cinta?tol ke?hehe

van der shraaf said...

adam a.k.a raja >>
huhu...gile ar raja..tu la kebolehan MRSM underground yakni mengedog..

sara yg kacak sgt la tu >>
ape jerrrrrrrrrrrrrrr....raja mmg ar jatuh cinta...tp rahsia la

kepalakotak said...

aku terasing di sini. teori ko berjaya acap.

van der shraaf said...

kepala_kotak>>
aku dah mengkaji teori ini selama lebih 24 jam...sudah tentu ianya berjaya..hehe *nada riak*