Sunday, April 26, 2009

KEJUTAN TERBESAR

Kita berjumpa lagi dalam rancangan "Mari Mengarut!". Ya...saya, host anda, A*****, pada kali ini ingin berkongsi dengan saudara-saudari semua suatu segmen yang tentunya mengarut iaitu segmen "Kejutan Terbesar Dalam Hidup". Ayuh kita lihat apakah kejutan-kejutan itu.

1. "Api-Yang-Tiba-Tiba-Boleh-Jadi-Besar" : Pada malam 25hb April 2009, sekumpulan manusia dari suatu kawasan bernama "kelas Denver" mengadakan suatu upacara mirip nenek moyang zaman pra-sejarah mereka yakni berberbeku. Seperti biasa, ayam dan hotdog menjadi menu utama. Cuma yang luar biasanya, tidak seperti di Sungai Gabai yang lalu, api teramat mudah dinyalakan sehinggalah menjadi fenomena dibawah:


Api tahap moksya.

Kejadian ini begitu mengujakan sehinggakan kesemua budak laki yang terlibat terkesima seketika. Mereka tidak menyangka api boleh dinyalakan sebegini walhal di Sungai Gabai, sejam lebih diperlukan untuk menyalakan api yang hanya "suam-suam kuku".

2. "Ayam yang dibakar oleh amatur tapi jadi macam dalam restoran" : Pada masa itu juga, petugas berbeku (bbq) yang diketuai oleh Adam dan dibantu oleh seseorang bernama Ashraf (bukan nama sebenar) terkejut apabila ayam yang dibakar mereka seakan-akan ayam yang dibakar di Kenny Roger's Rosters. Hal ini mengujakan mereka kerana ia membuktikan mereka ialah pembakar bbq yang amat berbakat.


Spesimen ayam yang dipanggang

Ternyata mereka yang merasai ayam bbq itu berasa puas dan gembira. Lihatlah riak wajah mereka!

3.  "Facebook Disertai oleh Orang Yang Tak Disangka-Sangka": Keesokan harinya, saya mendapat tahu bahawa salah seorang kawan kami yang amat terkenal dikalangan kami, Raja Alauddin, telah menyertai Facebook. Sesungguhnya ia merupakan kejutan pada abad ini kerana Raja pernah dipetik sebagai berkata "Tidak akan aku sertai Facebook sepanjang hidup aku!" (maaf, ada unsur dramatisasi disini; mungkin ada unsur tokok-tambah). 


Itu sahaja daripada saya pada kali ini dalam rancangan..."Mari Mengarut!". Moga berjumpa lagi di waktu lain dan tempat yang lain (?). Bye!

8 comments:

aisya said...

quote from last post.
"After this, the owner may update his blog more frequently, and perhaps, no longer write in his own language unless someone hit his head. "

eee. tpu. tpu. hahaha. xD

btw. nmpk njoyable gle. bbq. :D

Anonymous said...

hu2..raje dh ad racebook..maju gile sabak bernam..~

van der shraaf said...

>>aisya
u have to remember that there is a phrase ssys "unless someone hit his head"..the truth is, yup, someone hit my head...and the bbq, was really great i would say...

>>anon
sejak raja lahir ke dunia, sabak bernam dh jadi semakin maju...dierlah sentinel kpd kemunduran sabak bernam..

aisya said...

*hit* *hit*

hahahaha~

van der shraaf said...

blwek! hahaha...

pemakai sneakers said...

weh.ko lupa faktor utama yg mjadikan ayam tu sedap wey-pencuci ayam yg amateur..wahahaha

van der shraaf said...

haha..pembasuh ayam yg amateur? nk basuh ayam pon mintak ajar org...huahuahua..

Juan said...

RAJA da maju. skarang da buat FACEBOOK!!!. aku x sangka dowh. LOL.cami laa korang. bbq x ajak aku. sedeyh tol.