Sunday, May 24, 2009

MMS ITU APAKAH?


Aku menulis kerana kebosanan. Mungkin kerana aku sudah terlebih tidur sampaikan tak tertidur malam-malam ini. Kata pensyarah psychology kami, Pn. Sharifah, kalau tak dapat tidur kerana esoknya exam, ia masih lagi normal. Tapi kalau tak dapat tidur kerana terlebih tidur, abnormalkah itu? 

Apa-apa hal pun, aku bersahaja nak beritahu kepada bekas-sambest yang sekarang ini mencedok ilmu di Mesir atau Jordan, bahawa sesungguhnya kamu semua akan ada junior dari sambest juga, yang sekarang ni belajar di INTEC. (Aku sebenarnya menjadi fasilitator untuk budak-budak baru, jadi aku telah menemui mereka). Antaranya, hanif zikri, amir fikri (partner teh tarik aku), ikram shahrom a.k.a chaom, zaharudin, atiqah dan lagi seseorang perempuan yang aku tak berapa kenal. 3 bulan lagi mereka akan menyertai antum-antum semua disana. Tunggu dan lihat sahajalah.

Ni ada sedikit gambar semasa aku menjadi fasilitator. Seriously, keseronokan jadi fasilitator ini tak dapat diceritakan dengan lisan atau tulisan. Lihatlah sendiri:


Siapakah ini?

Peserta melakukan aktiviti.
Kumpulan 'angkat' aku melakukan cheers. 

Sempat lagi menyambut hari jadi salah seorang fasilitator (malah siap prank lagi tu)
Semua fasilitator berkumpul selepas tamat program orientasi. Ceria kan?

Sebenarnya kami ada lagi orientasi (lebih dikenali dengan nama "Minggu Mesra Siswa") untuk kursus jangka panjang pula yakni untuk mereka yang ke US, Jerman, UK, Australia dan lain-lain pada akhir bulan Jun. See ya!

3 comments:

ct.mashitah said...

i'm through with juniors. ;p

(poyo jek lbey. huhu)

-man ana- said...

what`s the relationship between ur topic and ur entry this time?..i couldn`t understand..please help me..i`m "kecewas"ing...

van der shraaf said...

>>mashi
huhu...baek ko join mms..best dowh..

>>amir
bak kate nabil, lu pikir la sendiri..hehe