Tuesday, May 12, 2009

PINTU KECEWASAN (?)


Sebelum ini kita sudah melihat bagaimana implikasi 'Pintu Kecewa' kepada dunia. (Anda boleh rujuk ke post ini). Sekarang ini, ada pula percubaan untuk menciplaknya dengan menggunakan nama 'Pintu Kecewasan'.

Cuma ia menimbulkan suatu perasaan kurang senang kerana tidak pernah pula aku dengar kata dasar 'Kecewas' ( Kecewasan = Kecewas + an ). Lantas ia menunjukkan bahawa sesiapa yang membuatnya ketiadaan kamus bahasa Melayu disisi ataupun kekurangan masa untuk melakukannya. Aku harap dia tiada kemaluan dalam diri. (sekali lagi diingatkan, malu adalah adjektif, manakala kemaluan adalah kata nama).