Saturday, May 9, 2009

RINDU KAWAN-KAWAN LAMA


Walaupun sudah setahun juga aku memasukkan diri aku ke dalam INTEC ini, dan telah jumpa ramai juga kawan-kawan baru, aku tetap merindui kawan-kawan lama aku, terutama sekali kawan daripada SAMBEST dulu. Amat banyak kenangan bersama mereka, mungkin sebab kami menghabiskan masa yang agak lama bersama ( 5 tahun, dari form 1 sampai form 5). Paling best part fly sama-sama ngan kawan semata-mata nak menonton bola sepak kat kedai mamak.

Tapi sekarang ni semua dah berterabur, sama ada berterabur dalam Malaysia lagi ataupun sudah bersepah di seantero dunia. Walaupun sudah berjauhan, rasanya kalau nak berhubung tu tidaklah sesukar mana dengan adanya teknologi seperti ym, facebook etc. 

Cuma aku ingin minta maaf kalau aku selalu on9 tapi tak tegur. Kalau semasa Spring semester, mungkin ok lagi sebab aku amat sibuk, tapi sekarang ni sudah Summer semester. Jadi, banyak juga masa lapang. Maka, sesiapa yang berasa lapang juga dan ingin berborak-borak dengan aku, buzz je aku. Aku ni segan nak buzz orang lain (Aku ni kan penyegan).  Cuma kalau ym aku menyiarkan tanda busy, itu bermakna aku tiada di depan laptop ataupun tiada mood untuk berborak. Kalau kamu-orang buzz pun, kebarangkalian untuk aku tegur balik pun amatlah tipis.

P/S : Kalau ada dikalangan anda atau parents anda (in case parents anda itu ada business) ingin membuat laman web ataupun redesign laman web, bolehlah berhubung dengan aku. Buat masa ini aku agak lapang memandangkan aku hanya mengambil 2 subjek semasa summer semseter ni. Harga jangan dirisaukan sebab aku ni hanyalah hobbist designer dan banyak lagi yang aku kena improve. Kalau nak design basic-basic boleh la. Tu sahaja, timer kaceh!

7 comments:

aisya said...

hee. :p cey. da smgt dsgn wbsite. :p
cpat. time kasih kt aisya. haha. yg start kn introduce designing ni. hahaha. xD

p.s penyegan? ew. hahaha.

van der shraaf said...

yela2..timer kaceh kt aisya..aku ni pon mmg sorg yg penyegan..x tau ke?
hehe

-man ana- said...

segan besol..

van der shraaf said...

brtol dowh..x caye plak...

bee_nazirah said...

haha...btol ke ko penyegan??
cm x cye lak...huhu..~

van der shraaf said...

ni lg sorg...x caye lg...nape la korg x caye...

Eddy said...

ak pn tk caye gak...haha