Saturday, May 30, 2009

TEKA - TEKI TEKA-TEKUK

Aku tidaklah berapa berminat dengan teka-teki, mungkin kerana ia mengenepikan nilai-nilai logik yang sepatutnya ada dalam soalan dengan menggantikannya dengan nila-nilai 'sarcasm' yang tinggi. Walaubagaimanapun best juga bermain teka-teki sebab diakhirnya, apabila jawapan telah diberikan, semua orang tertawa. 

Aku teringat beberapa teka-teki yang tidak kurang hebatnya. Oleh sebab aku ini tidak pandai membuat teka-teki, aku terpaksa meminjam beberapa teka-teki daripada kawan-lawan lain:

(Daripada Sri Dayana, seorang pelajar program Rusia)
1. Masa dulu, Superman terbang guna satu tangan sahaja. Lepas lama-lama, dia terbang guna 2 tangan pula. Kenapakah?

2. Apakah hajat seekor panda?

(Daripada Sayed Junaidi)
1. Bila bas berhenti, apa yang turun dulu?

(Daripada kawan-kawan lama; teka-teki ni memang senang sebab level dia -21)
1. Sebuah kedai buah terbakar. Semua harta benda musnah termasuklah buah-buahan yang dijual kecuali 3 jenis buah sahaja. Apakah dia?

2. Negara apa yang banjir dulu, baru hujan? (Soalan geografi darjah 4)

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi kamu-orang mesti tak terdaya nak jawab soalan-soalan diatas sebab ianya hanya soalan tahap -20. Jadi, fikir-fikirkanlah ....(jawapan tak akan diberi kecuali dengan ber-ym atau ber-facebook dengan penulis).